The BCM Experience

Pengalaman di BCM

Sebagai seorang pelajar BCM, anda akan diperkaya dalam setiap bidang kehidupanmu apabila anda bertumbuh di dalam iman.

Dengarkan daripada beberapa orang pelajar kami yang berkongsi Pengalaman BCM mereka sendiri.

Derick Wong

Derick Wong

Pengarah Pelayanan Muda-mudi —Tabernacle of Worship, Seremban

Bagi saya, salah satu sebab mengapa kehidupan di kampus itu indah adalah kerana saya dapat menjalani kehidupan bersama-sama dengan sekumpulan orang yang sefikir, sama ada semasa belajar, melayani, atau hanya bersantai.

Akan tetapi, separuh jalan dalam pengajian saya, terjadilah pandemik global dan negara telah dikenakan perintah berkurung. Banyak perkara perlu diubah suai dan oleh itu, saya terpaksa menukar status saya menjadi menjadi pelajar sambilan. Kuliah-kuliah telah diadakan secara online dan banyak aktiviti dihadkan. Waktu itu sememangnya mencabar namun dengan pertolongan Tuhan, saya berjaya mengharunginya.

Pengalaman yang saya perolehi di BCM telah membantu membentuk perwatakan saya sebagai seorang peribadi dan mengembangkan kecekapan saya sebagai seorang hamba Tuhan. Kursus-kursus akademik telah melatih minda saya untuk berfikir secara kritis dan meluaskan perspektif saya.

Pelayanan-pelayanan praktikal telah memperhalusi kemahiran saya, menjadikan saya lebih berkesan dalam melayani TUHAN. Melakukan kerja-kerja yang kelihatan remeh telah membentuk perwatakan saya untuk menjadi seperti Kristus. Melakukan aktiviti-aktiviti riadah telah mengekalkan tubuh badan saya dalam keadaan sihat. Persahabatan yang telah terjalin pula menjadi sistem sokongan yang kuat bagi saya di kala waktu susah. 

Yang terpenting, perjalanan saya bersama Tuhan telah mengalami terobosan yang luar biasa. Saya menjadi lebih akrab dengan Tuhan. Kesukaan saya kepada Firman Tuhan telah bertambah dan kehidupan doa saya bertambah baik. Saya telah memperolehi pemahaman yang lebih mendalam dan lebih kaya tentang Tuhan. Iman saya kepada Tuhan menjadi lebih kuat. 

Secara keseluruhannya, BCM telah banyak memberi kesan kepada kehidupan saya dan menjadi tempat di mana seseorang boleh bertumbuh secara holistik. Semoga Tuhan terus menggunakan BCM untuk memperlengkapi umat-Nya, untuk melakukan kehendak-Nya, bagi kemuliaan-Nya!

Christal Lee

Christal Lee

Pastor Gereja Berbahasa Cina — Church of Praise, Ipoh

Kursus-kursus dan latihan yang ditawarkan oleh BCM adalah menyeluruh. BCM menyediakan latihan yang holistik untuk memperlengkapi pelajar dalam bidang teologi dan kemahiran kepimpinan, di samping membentuk karakter dan tingkah laku kita dalam disiplin-disiplin rohani.

Saya telah menikmati kebaktian-kebaktian di kapel BCM selama ini. Saya telah mendengar firman Tuhan di sampaikan oleh para penceramah yang berbeza, dan telah belajar serta didorong oleh kehidupan dan pelayanan mereka. Peluang yang diberikan kepada pelajar untuk berkhutbah dalam kebaktian di kapel telah membantu saya menimba pengalaman dan mempertajamkan kemahiran berkhutbah sebelum saya masuk ke dalam pelayanan.

Hasil daripada program kaunseling, saya telah beroleh keupayaan untuk melayani jemaat di gereja saya apabila mereka menghadapi kesukaran atau masalah dalam kehidupan peribadi mereka — dahulu atau sekarang. Dan yang lebih berharga lagi, saya telah bertumbuh untuk mengenali diri dengan lebih baik melalui kursus-kursus tersebut. Saya telah sembuh secara jasmani dan rohani daripada trauma yang saya alami semasa kecil dan saya telah belajar untuk menerapkan penjagaan diri bagi menguruskan tekanan hidup dengan lebih baik. 

Ketika meluangkan saat teduh dengan Tuhan dalam persekitaran semula jadi, saya gemar duduk di atas buaian, menyembah Tuhan dan menunggu-Nya, dan mendengar daripada-Nya. Ini membantu saya membangunkan kehidupan yang berdisiplin dan membina hubungan yang akrab dengan-Nya. Pencerahan yang saya kongsikan dalam khutbah berasal terutamanya dari pengalaman peribadi saya bersama Tuhan. Pasukan Pelayanan (Ministry team) dan lawatan misi adalah beberapa perkara kegemaran saya tentang BCM, kerana semuanya memberi saya peluang untuk melayani di gereja-gereja di Malaysia dan juga di luar negara.

Salah satu berkat terbesar yang saya perolehi di BCM ialah sokongan daripada para pensyarah dan persahabatan yang saya bina dengan sesama pelajar. Di seminari, saya melihat orang melayani, bertumbuh, belajar, dan mengasihi satu sama lain, tanpa mengira jabatan bahasa. Hidup dalam komuniti kediaman dan berdoa bersama adalah sesuatu yang menyeronokkan saya sebagai seorang pelajar. Kami ketawa dan menangis bersama, dan kami meraikan kehidupan bersama dan mendukung satu sama lain.

Terima kasih BCM kerana mempersiapkan saya untuk menjadi berkat kepada orang lain.

Jesslyn-profile

Jesslyn Ong

Pastor Penyembahan — First Assembly of God Church, KL

Pelajar sepenuh masa mendapat peluang untuk terlibat dalam pelbagai jawatankuasa, untuk berkhutbah dan melayani dalam kebaktian di kapel, serta mengambil bahagian dalam lawatan misi. Walaupun orang mungkin melihatnya sebagai tekanan dan beban tambahan, melalui platform itulah saya memperolehi banyak pengalaman praktik, dan ia mendorong saya untuk keluar dari zon selesa dan menyahut cabaran satu demi satu, dan para pensyarah juga membimbing saya sebagai mentor semasa saya bertumbuh di BCM.

Sebagai pelajar sepenuh masa, saya juga mendapat pengalaman penuh dalam bersahabat dengan pelajar-pelajar lain di kampus. Ia telah mengajar saya pentingnya persahabatan, dan betapa pentingnya untuk mempunyai kumpulan sokongan di lapangan pelayanan.

Orang mungkin berkata “pelayanan adalah perjalanan yang sepi,” tetapi saya berkata, “ia tidak semestinya begitu.” BCM telah mengajar saya untuk menjadi terbuka dan mempelawa orang lain untuk berjalan bersama saya begitu saya berjalan di jalan pelayanan sepenuh masa. Memandangkan teman-teman yang saya temui di BCM juga adalah rakan seperjuangan dalam pelayanan, mereka juga berjalan di jalan yang sama seperti saya.

Walaupun kami mungkin tidak lagi bertemu sekerap dahulu, kami tetap menghargai detik-detik persahabatan dan pertumbuhan yang kami alami bersama di BCM sehingga ke hari ini. Apabila berlaku pasang surut dalam pelayanan, walaupun ketika kehidupanmu bergelora, ada orang tempat saya mengadu, orang-orang yang memahami perjalanan tersebut, kerana kami sama-sama berada di dalamnya.

Perjalanan itu tidak seharusnya menjadi perjalanan sepi jika anda adalah sebahagian daripada komuniti yang berada di sana untuk memberi motivasi dan mendukung satu sama lain, untuk meraikannya bersama ketika berada di puncak tertinggi, dan untuk menangis bersama ketika berada dalam titik terendah. Ikatan dan kasih yang saya terima dalam komuniti ini juga memberi inspirasi kepada saya untuk membina ikatan seperti itu dalam pelayanan saya.

Saya ingin mengakhiri kesaksian ini dengan rangkap kegemaran kami dari Nyanyian BCM.

And when we asunder part Bearing light to the lost of our land We shall still be joined in heart BCM far or near one band

[Dan apabila kami berpisah
Membawa cahaya kepada orang yang sesat di negeri kita
Kami akan tetap bersatu dalam hati
BCM jauh atau dekat satu pasukan]

Select the fields to be shown. Others will be hidden. Drag and drop to rearrange the order.
  • Image
  • SKU
  • Rating
  • Price
  • Stock
  • Availability
  • Add to cart
  • Penerangan
  • Content
  • Weight
  • Dimensions
  • Additional information
Click outside to hide the comparison bar
Compare

Kenyataan Iman

Kolej Bible Malaysia berpegang pada Kenyataan Iman (Statement of Truths) yang dipegang oleh the Assemblies of God seperti yang berikut: 

Kami percaya

bahawa Alkitab adalah Firman Tuhan yang diilhamkan, sebagai aturan yang sempurna bagi iman dan tingkah laku semua manusia.

bahawa Tuhan itu Esa, maha wujud di dalam tiga Peribadi–Bapa, Anak, dan Roh Kudus.

tentang Keilahian Tuhan kita Yesus Kristus, tentang kelahiran-Nya melalui seorang perawan, tentang kehidupan-Nya yang tidak berdosa, tentang mukjizat-Nya, tentang kematian-Nya yang mewakili manusia dan menebus dosa kita, tentang kebangkitan tubuh-Nya dari maut, tentang kenaikan-Nya ke sebelah kanan Bapa, dan tentang kedatangan-Nya kembali ke dunia pada masa hadapan secara kelihatan untuk memerintah selama seribu tahun.

tentang pengangkatan Gereja pada waktu kedatangan Kristus ke dunia; inilah harapan bahagia bagi semua orang beriman.

bahawa “sebagaimana dosa memasuki dunia ini melalui seorang manusia, dan dengan demikian kematian menimpa semua manusia, kerana semuanya berdosa.”

bahawa satu-satunya cara untuk diselamatkan daripada dosa adalah melalui pertaubatan dan iman di dalam kuasa darah Kristus yang menyucikan.

bahawa regenerasi oleh Roh Kudus adalah sangat penting bagi keselamatan peribadi.

bahawa melalui kematian Kristus di kayu Salib, penyembuhan bagi tubuh manusia tersedia sebagai jawapan kepada iman dan doa.

tentang baptisan dalam Roh Kudus menurut Kisah Rasul 2:4, yang boleh diterima oleh semua orang percaya untuk kehidupan dan pelayanan yang berkesan.

tentang kuasa pengudusan Roh Kudus yang mendiami orang Kristian untuk memampukan mereka menjalani kehidupan yang kudus.

tentang kebangkitan tubuh orang-orang yang diselamatkan dan yang terhilang, yang satu kepada kehidupan kekal dan yang satu lagi kepada hukuman kekal.

History of Bible College of Malaysia

The Bible College of Malaysia (BCM) traces its humble roots to an American missionary couple, Delmer and Eleanor Guynes, who were sent to Malaysia to serve God in the 1950s. Initially established as the Bible Institute of Malaya, the college officially opened its doors in 1960 and in 1962, the first batch of students consisting of four men and three women became the first graduates.

As an education institution, BCM’s primary mission is to equip and provide holistic training to men and women called by God so that they may advance the gospel of our Lord effectively with their God-given gifts – in Malaysia and beyond.

In 1982, the college was renamed the Bible College of Malaysia with the introduction of the Bachelor of Theology program. Seeing the need for more lay leaders, the Certificate of Biblical Studies was introduced in 1986. As demand grew for higher-tertiary Christian studies, a suite of Master programs was introduced in 2004.

All programs were initially in English. Between 1968 and 1972, under the leadership of Rev David and Alice Nyien, certain programs were made available in Chinese. In 1980, a full-fledged Chinese faculty was established. Today, the Chinese faculty offers a full suite of programs from Bachelor to Master to Counseling programs. 

Strategically located in Malaysia, the paramount focus is to equip more local native speakers. As the need arose, Rev Peter Wong, Rev Ng Kok Kee and Rev Wendy Ching established the Bahasa Malaysia faculty in 2003. The faculty offered a Diploma of Theology and subsequently, a Bachelor of Theology. 

Our experienced and caring teaching faculty come from diverse backgrounds of ministry and missionary experience. Not only will their academic expertise stretch and deepen your biblical knowledge and thinking, but their life experience in the field provides practical application for holistic learning. See our Academic Team.

In the 60 years since its establishment, BCM has trained over 1000 ministers for Christ. Among them are 700 full-time ministers, 200 bi-vocational pastors or lay leaders in the workplace, 14 missionaries, 9 parachurch workers, 31 social concern workers and 5 evangelists. 

Tapping into the robust network and ecosystem at BCM, some alumni are itinerant preachers. Among the people trained at BCM, many of them go forth to fulfill their calling in different parts of the world; Singapore, Thailand, Philippines, Cambodia, Indonesia, Bangladesh, Japan, China, Hong Kong, USA, Canada, New Zealand, Australia, Africa, and the United Kingdom.

BCM graduates are highly regarded in the Christian community. Graduates work nationwide and overseas as church pastors, missionaries, in university ministries and para-church organizations, or return to the workforce for ministry opportunities and are more equipped to serve in the local church.