Research Centre
Jun 22, 2023 2023-07-13 17:22Malaysian Pentecostal Journal
About the journal
Perpustakaan Research Centre ((Pusat Penyelidikan Pentakosta Malaysia) merupakan sebuah saluran bagi para sarjana menjalankan penyelidikan tentang teologi, pendidikan, kerohanian, amalan, misi dan sejarah Gerakan Pentakosta dalam konteks Malaysia. Pusat ini bervisikan pengkayaan pendidikan dan kerohanian Pentakosta yang menyeluruh di kalangan generasi semasa dan generasi baharu bagi mengukuhkan gerakan kebangkitan rohani dan menguatkan gereja-gereja di Malaysia dalam abad kedua puluh satu dan seterusnya.
Pusat ini bertujuan untuk menyemai dan mempertingkatkan teologi Pentakosta dan amalan Pentakosta yang tersendiri serta usaha misi di dalam gerakan yang dikuasakan oleh Roh Kudus melalui penyelidikan, kesarjanaan, dan pendidikan teologi, serta pemeliharaan bahan-bahan yang diterbitkan pada masa dahulu dan masa kini.
Bagi mengelolakan visi tersebut, Malaysia Pentecostal Research Centre akan mempromosikan kesarjanaan Pentakosta melalui penglibatan ilmiah, platform-platform teologi, jaringan, kemudahan penyelidikan dan perkhidmatan yang berkaitan.
Jika anda berminat untuk bekerjasama atau terlibat dengan aktiviti-aktiviti di Malaysia Pentecostal Research Centre, sila di sini)..