Lembaga Pengarah & Tadbir Urus

Governance & Affiliation

Catatan Dari Presiden

Selamat datang ke Kolej Alkitab Malaysia! 

Inilah tempat di mana para pelayan dan pemimpin Kristian dilatih dan dibentuk. Kami sangat berbesar hati untuk menjadi sebahagian daripada gerakan untuk membangkitkan hamba-hamba Tuhan yang seperti Kristus bagi memenuhi panggilanNya dalam hidup mereka. Saya berharap anda akan menangkap visi BCM dan berjalan bersama kami untuk meluaskan KerajaanNya. 

Walaupun ada banyak perkara yang kami syukuri sejak enam dekad penubuhan BCM, kami memandang ke masa hadapan untuk meningkatkan dampak pelayanan. Izinkan saya berkongsi empat inisiatif yang kami harap dapat dicapai dalam tempoh lima tahun yang akan datang supaya anda lebih memahami aspirasi BCM bagi masa hadapan. Kami berharap untuk: 

  1. Meluaskan dampak pelayanan kami: BCM memainkan peranan penting dalam memperlengkapi para pelayan gereja agar pelayanan mereka berkesan. Matlamat kami adalah untuk melatih lebih ramai pelajar untuk memenuhi keperluan-keperluan di gereja dan masyarakat tempatan. Pada masa ini, kami ada 700 orang pelajar dan berharap untuk mengembangkannya kepada 800 orang dalam masa terdekat. 
  2. Mengembangkan Pasukan kami: Untuk menyediakan latihan yang komprehensif dan mantap bagi para pelajar, kami memerlukan sepasukan ahli fakulti dengan pelbagai kepakaran. Pada masa ini, ada tiga orang ahli fakulti kami yang mengikuti pengajian pasca siswazah. Kami bercadang untuk mengambil tiga orang lagi pensyarah.
  3. Mengembangkan Kemudahan Fizikal kami: Kemudahan yang sedia ada tidak mencukupi bagi program latihan semasa kami. Perpustakaan dan pejabat kami sudah tidak dapat lagi menampung keperluan semasa dan kami juga memerlukan dewan kuliah yang lebih besar untuk mengadakan seminar dan acara tertentu. Kemudahan penginapan untuk pelajar dari luar kawasan dan pensyarah jemputan juga diperlukan. Dua buah blok bangunan yang baru kini sedang dibina untuk memenuhi keperluan ini. 
  4. Mendukung Pelayanan kami: Sebagai instituti keagamaan yang bukan mencari keuntungan, pendapatan BCM diperolehi terutamanya daripada yuran pelajar, pemberian dari gereja-gereja dan penderma individu. Kami berikhtiar untuk membina kedudukan kewangan yang lebih kukuh sekurang-kurangnya untuk satu tahun melalui Program Endowmen bagi memastikan kemampanan pelayanan kami. 

Ayuh, jadilah sebahagian daripada pekerjaan Tuhan di dalam dan melalui BCM. Kita dapat mencapai matlamat ini dengan bantuan dan sokongan anda. 

Pertama, pertimbangkanlah untuk mengambil kursus di BCM dan menjalani program pengajian kami. Kami mempunyai program-program berlainan untuk memperlengkapi para pastor, para kaunselor dalam pelayanan Kristian dan para pemimpin awam gereja. 

Kedua, kami menjemput anda untuk menyokong inisiatif kami melalui sumbangan kewangan. Kemurahan hati gereja-gereja dan para penderma individu telah membolehkan kami menawarkan program pengajian pada harga yang terjangkau kepada pelajar. Kami juga sedang menaik taraf kampus kami, dan pembinaan dua buah blok bangunan yang baru dianggarkan memakan kos sebanyak RM13 juta.

Ketiga, doronglah para pemimpin muda anda yang melayani dalam Gereja untuk diperlengkapi. Tuhan akan terus mengangkat para pemimpin Kristian untuk menjadi garam dan cahaya dunia dan untuk memimpin umat Tuhan di negara kita. Kami berada di sini untuk menyokong gereja-gereja tempatan, dan misi kami adalah untuk mempersiapkan kehidupan bagi pelayanan.

Semoga Tuhan memberkati dan memeliharamu. Semoga anda dicabar untuk terus mengorak langkah iman dalam berjalan bersama Tuhan. Marilah kita berganding tangan bersama Tuhan untuk menjalankan misi yang telah Dia berikan kepada kita.

AKREDITASI

BCM menerima akreditasi daripada Asia Theological Association (ATA) pada tahun 1989. Program pengajian Diploma Teologi (Bahasa Inggeris, Cina, BM), Sarjana Muda Teologi (Bahasa Inggeris, Cina dan BM), Sarjana Pelayanan (Bahasa Inggeris dan Cina) dan Sarjana Divinity (Bahasa Inggeris) diakreditasi oleh Asia Theological Association.

Semua program pengajian semasa di BCM bergerak ke arah akreditasi melalui penyiapan salah satu daripada empat program berikut (lihat jalur di bawah).

Ini bermaksud, kredit boleh dipindahkan jika anda ingin belajar di mana-mana institusi pendidikan yang berada di bawah Malaysia Association of Theological Schools. Ini termasuk:

TADBIR URUS

BCM dimiliki sepenuhnya oleh Majlis Umum Assemblies of God of Malaysia. Ia ditadbir oleh sebuah Lembaga Pengarah: dua orang wakil yang dilantik oleh Jawatankuasa Eksekutif (EXCO) Assemblies of God Malaysia daripada kalangan ahli-ahli EXCO; seorang wakil (bukan ahli EXCO) yang dilantik oleh EXCO; dua orang yang dilantik oleh Lembaga Pengarah; dan Presiden bagi Persatuan Alumni.

LEMBAGA PENGARAH

Rev. Lawrence Yap

Pengerusi
Ahli Jawatankuasa Eksekutif Assemblies of God of Malaysia

Senior Pastor, Charis Christian Centre

Rev. Dr. Victor Lee

Presiden
Bible College of Malaysia

Rev. Wong Yin Ming

Setiausaha
Ahli Jawatankuasa Eksekutif Assemblies of God of Malaysia Senior Pastor Subang Jaya Assembly of God

Rev. Ong Bee Leng

Presiden Alumni
Persekutuan Alumni BCM

Rev. Paulus Wong

Pastor Pengendali
Agape Community Center Seremban 2 (A/G)

Rev. Marcus Tan

Pastor Kanan
Penang First Assembly of God (E)

Mr Rajen Devadason, CFP

Ketua Pegawai Eksekutif
RD WealthCreation Sdn Bhd

Select the fields to be shown. Others will be hidden. Drag and drop to rearrange the order.
  • Image
  • SKU
  • Rating
  • Price
  • Stock
  • Availability
  • Add to cart
  • Penerangan
  • Content
  • Weight
  • Dimensions
  • Additional information
Click outside to hide the comparison bar
Compare

Kenyataan Iman

Kolej Bible Malaysia berpegang pada Kenyataan Iman (Statement of Truths) yang dipegang oleh the Assemblies of God seperti yang berikut: 

Kami percaya

bahawa Alkitab adalah Firman Tuhan yang diilhamkan, sebagai aturan yang sempurna bagi iman dan tingkah laku semua manusia.

bahawa Tuhan itu Esa, maha wujud di dalam tiga Peribadi–Bapa, Anak, dan Roh Kudus.

tentang Keilahian Tuhan kita Yesus Kristus, tentang kelahiran-Nya melalui seorang perawan, tentang kehidupan-Nya yang tidak berdosa, tentang mukjizat-Nya, tentang kematian-Nya yang mewakili manusia dan menebus dosa kita, tentang kebangkitan tubuh-Nya dari maut, tentang kenaikan-Nya ke sebelah kanan Bapa, dan tentang kedatangan-Nya kembali ke dunia pada masa hadapan secara kelihatan untuk memerintah selama seribu tahun.

tentang pengangkatan Gereja pada waktu kedatangan Kristus ke dunia; inilah harapan bahagia bagi semua orang beriman.

bahawa “sebagaimana dosa memasuki dunia ini melalui seorang manusia, dan dengan demikian kematian menimpa semua manusia, kerana semuanya berdosa.”

bahawa satu-satunya cara untuk diselamatkan daripada dosa adalah melalui pertaubatan dan iman di dalam kuasa darah Kristus yang menyucikan.

bahawa regenerasi oleh Roh Kudus adalah sangat penting bagi keselamatan peribadi.

bahawa melalui kematian Kristus di kayu Salib, penyembuhan bagi tubuh manusia tersedia sebagai jawapan kepada iman dan doa.

tentang baptisan dalam Roh Kudus menurut Kisah Rasul 2:4, yang boleh diterima oleh semua orang percaya untuk kehidupan dan pelayanan yang berkesan.

tentang kuasa pengudusan Roh Kudus yang mendiami orang Kristian untuk memampukan mereka menjalani kehidupan yang kudus.

tentang kebangkitan tubuh orang-orang yang diselamatkan dan yang terhilang, yang satu kepada kehidupan kekal dan yang satu lagi kepada hukuman kekal.

History of Bible College of Malaysia

The Bible College of Malaysia (BCM) traces its humble roots to an American missionary couple, Delmer and Eleanor Guynes, who were sent to Malaysia to serve God in the 1950s. Initially established as the Bible Institute of Malaya, the college officially opened its doors in 1960 and in 1962, the first batch of students consisting of four men and three women became the first graduates.

As an education institution, BCM’s primary mission is to equip and provide holistic training to men and women called by God so that they may advance the gospel of our Lord effectively with their God-given gifts – in Malaysia and beyond.

In 1982, the college was renamed the Bible College of Malaysia with the introduction of the Bachelor of Theology program. Seeing the need for more lay leaders, the Certificate of Biblical Studies was introduced in 1986. As demand grew for higher-tertiary Christian studies, a suite of Master programs was introduced in 2004.

All programs were initially in English. Between 1968 and 1972, under the leadership of Rev David and Alice Nyien, certain programs were made available in Chinese. In 1980, a full-fledged Chinese faculty was established. Today, the Chinese faculty offers a full suite of programs from Bachelor to Master to Counseling programs. 

Strategically located in Malaysia, the paramount focus is to equip more local native speakers. As the need arose, Rev Peter Wong, Rev Ng Kok Kee and Rev Wendy Ching established the Bahasa Malaysia faculty in 2003. The faculty offered a Diploma of Theology and subsequently, a Bachelor of Theology. 

Our experienced and caring teaching faculty come from diverse backgrounds of ministry and missionary experience. Not only will their academic expertise stretch and deepen your biblical knowledge and thinking, but their life experience in the field provides practical application for holistic learning. See our Academic Team.

In the 60 years since its establishment, BCM has trained over 1000 ministers for Christ. Among them are 700 full-time ministers, 200 bi-vocational pastors or lay leaders in the workplace, 14 missionaries, 9 parachurch workers, 31 social concern workers and 5 evangelists. 

Tapping into the robust network and ecosystem at BCM, some alumni are itinerant preachers. Among the people trained at BCM, many of them go forth to fulfill their calling in different parts of the world; Singapore, Thailand, Philippines, Cambodia, Indonesia, Bangladesh, Japan, China, Hong Kong, USA, Canada, New Zealand, Australia, Africa, and the United Kingdom.

BCM graduates are highly regarded in the Christian community. Graduates work nationwide and overseas as church pastors, missionaries, in university ministries and para-church organizations, or return to the workforce for ministry opportunities and are more equipped to serve in the local church.