Cara Memohon

How To Apply

Jika anda berminat untuk memohon mana-mana kursus yang kami tawarkan, sila rujuk syarat-syarat kemasukan di bawah sebelum mendaftar. 

Juga sila hubungi pejabat pendaftar kami di alamat e-mel registrarbcm@gmail.com atau di talian 03-7956 5529 untuk mengetahui lebih lanjut tentang kursus pengajian yang ingin anda ikuti.

SYARAT-SYARAT KEMASUKAN (BAGI MANA-MANA KURSUS PENGAJIAN)

Pemohon hendaklah:

  1. merupakan orang percaya yang ada hubungan yang baik dengan gereja tempatan.
  2. memiliki dan menyedari panggilan daripada Tuhan atas hidupnya bagi pelayanan Kristian.
  3. mendapat saranan daripada seorang pastor berdasarkan penglibatannya dalam pelayanan di gereja tempatan.
  4. tamat sekolah menengah. Pengalaman bekerja akan diutamakan.
  5. memiliki kemahiran menggunakan Bahasa Malaysia*
  6. memiliki kesihatan jasmani yang baik secara amnya.
  7. mendapatkan surat kebenaran ibu bapa/penjaga sekiranya berumur di bawah 21 tahun.

Cara Memohon

Sila ambil perhatian bahawa para pemohon program Diploma Teologi dan ke atas dikehendaki menjalani sebuah temu duga. Mereka akan ditemu duga oleh Jawatankuasa Kemasukan (Admissions Committee) dan menduduki ujian kemasukan bagi menguji tahap penguasaan bahasa serta pengetahuan Alkitab. Langkah-langkah permohonan adalah seperti berikut: 

  1. Muat turun dan lengkapkan Borang Permohonan (sila klik di sini))
  2. Hantarkan Borang Permohonan yang telah lengkap diisi melalui e-mel ke registrarbcm@gmail.com atau melalui pos ke alamat: Peti Surat 141, Jalan Sultan, 46710 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia berserta dengan dokumen-dokumen berikut: 
  • Sijil dan Transkrip Akademik
  • 1 salinan kad pengenalan anda atau dokumen pengenalan berdaftar yang lain
  • 1 keping gambar berukuran pasport (jika di hantar melalui e-mel, sila pastikan ianya dalam format JPEG)
  • Surat Sokongan daripada gereja anda tentang dukungan rohani dan sokongan kewangan (klik di sini)
  • 3 keping Borang Rujukan Perwatakan (Character Reference Forms, klik di sini). Mereka yang memberi perakuan/sokongan kepada pemohon hendaklah menghantar borang tersebut terus kepada BCM melalui e-mel atau pos. di sini).). Referees to submit forms directly to BCM via email or post)
  • Kesaksian Pertaubatan (1–2 halaman)
  • Kesaksian tentang Panggilan Melayani (1–2 halaman sahaja)
  • Surat Kebenaran Ibu bapa/Penjaga (jika anda berumur di bawah 21 tahun)
  • Borang Pertanyaan Perubatan (klik di sini) termasuk keputusan ujian darah bagi Hepatitis B dan HIV (untuk pemohonan sebagai pelajar sepenuh masa sahaja)
  • Slip bayaran bank sebanyak RM100.00 (tidak akan dikembalikan) bagi pembayaran permohonan. Perlu dibayar kepada: BIBLE COLLEGE OF MALAYSIA, Akaun Public Bank bernombor 3126997726.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

PELAJAR SEPENUH MASA

Tahun akademik bermula setiap Januari dan permohonan ditutup pada awal November. Sila hubungi pejabat pendaftar untuk maklumat lanjut. 

PELAJAR BUKAN SEPENUH MASA 

Bagi pelajar bukan sepenuh masa, permohonan dibuka sebanyak tiga kali setahun seperti berikut: 

  • Pengambilan Trimester Pertama (Jan–Apr) | Buat permohonan menjelang awal November
  • Pengambilan Trimester ke-2 (Apr–Jul) | Buat permohonan menjelang awal Mac
  • Pengambilan Trimester ke-3 (Ogos–Nov) | Buat permohonan menjelang awal Julai

Borang-borang Permohonan

Sila muat turun dan lengkapkan borang-borang yang diperlukan untuk membuat permohonan. Jangan lupa untuk turut menyerahkan semua dokumen sokongan (untuk melihat Syarat-syarat Kemasukan , klik di sini).).

PROGRAM SIJIL/DIPLOMA

PROGRAM SARJANA MUDA

PROGRAM SARJANA

Pusat EKSTENSI

UNTUK ALUMNI BCM

Select the fields to be shown. Others will be hidden. Drag and drop to rearrange the order.
  • Image
  • SKU
  • Rating
  • Price
  • Stock
  • Availability
  • Add to cart
  • Penerangan
  • Content
  • Weight
  • Dimensions
  • Additional information
Click outside to hide the comparison bar
Compare

Kenyataan Iman

Kolej Bible Malaysia berpegang pada Kenyataan Iman (Statement of Truths) yang dipegang oleh the Assemblies of God seperti yang berikut: 

Kami percaya

bahawa Alkitab adalah Firman Tuhan yang diilhamkan, sebagai aturan yang sempurna bagi iman dan tingkah laku semua manusia.

bahawa Tuhan itu Esa, maha wujud di dalam tiga Peribadi–Bapa, Anak, dan Roh Kudus.

tentang Keilahian Tuhan kita Yesus Kristus, tentang kelahiran-Nya melalui seorang perawan, tentang kehidupan-Nya yang tidak berdosa, tentang mukjizat-Nya, tentang kematian-Nya yang mewakili manusia dan menebus dosa kita, tentang kebangkitan tubuh-Nya dari maut, tentang kenaikan-Nya ke sebelah kanan Bapa, dan tentang kedatangan-Nya kembali ke dunia pada masa hadapan secara kelihatan untuk memerintah selama seribu tahun.

tentang pengangkatan Gereja pada waktu kedatangan Kristus ke dunia; inilah harapan bahagia bagi semua orang beriman.

bahawa “sebagaimana dosa memasuki dunia ini melalui seorang manusia, dan dengan demikian kematian menimpa semua manusia, kerana semuanya berdosa.”

bahawa satu-satunya cara untuk diselamatkan daripada dosa adalah melalui pertaubatan dan iman di dalam kuasa darah Kristus yang menyucikan.

bahawa regenerasi oleh Roh Kudus adalah sangat penting bagi keselamatan peribadi.

bahawa melalui kematian Kristus di kayu Salib, penyembuhan bagi tubuh manusia tersedia sebagai jawapan kepada iman dan doa.

tentang baptisan dalam Roh Kudus menurut Kisah Rasul 2:4, yang boleh diterima oleh semua orang percaya untuk kehidupan dan pelayanan yang berkesan.

tentang kuasa pengudusan Roh Kudus yang mendiami orang Kristian untuk memampukan mereka menjalani kehidupan yang kudus.

tentang kebangkitan tubuh orang-orang yang diselamatkan dan yang terhilang, yang satu kepada kehidupan kekal dan yang satu lagi kepada hukuman kekal.

History of Bible College of Malaysia

The Bible College of Malaysia (BCM) traces its humble roots to an American missionary couple, Delmer and Eleanor Guynes, who were sent to Malaysia to serve God in the 1950s. Initially established as the Bible Institute of Malaya, the college officially opened its doors in 1960 and in 1962, the first batch of students consisting of four men and three women became the first graduates.

As an education institution, BCM’s primary mission is to equip and provide holistic training to men and women called by God so that they may advance the gospel of our Lord effectively with their God-given gifts – in Malaysia and beyond.

In 1982, the college was renamed the Bible College of Malaysia with the introduction of the Bachelor of Theology program. Seeing the need for more lay leaders, the Certificate of Biblical Studies was introduced in 1986. As demand grew for higher-tertiary Christian studies, a suite of Master programs was introduced in 2004.

All programs were initially in English. Between 1968 and 1972, under the leadership of Rev David and Alice Nyien, certain programs were made available in Chinese. In 1980, a full-fledged Chinese faculty was established. Today, the Chinese faculty offers a full suite of programs from Bachelor to Master to Counseling programs. 

Strategically located in Malaysia, the paramount focus is to equip more local native speakers. As the need arose, Rev Peter Wong, Rev Ng Kok Kee and Rev Wendy Ching established the Bahasa Malaysia faculty in 2003. The faculty offered a Diploma of Theology and subsequently, a Bachelor of Theology. 

Our experienced and caring teaching faculty come from diverse backgrounds of ministry and missionary experience. Not only will their academic expertise stretch and deepen your biblical knowledge and thinking, but their life experience in the field provides practical application for holistic learning. See our Academic Team.

In the 60 years since its establishment, BCM has trained over 1000 ministers for Christ. Among them are 700 full-time ministers, 200 bi-vocational pastors or lay leaders in the workplace, 14 missionaries, 9 parachurch workers, 31 social concern workers and 5 evangelists. 

Tapping into the robust network and ecosystem at BCM, some alumni are itinerant preachers. Among the people trained at BCM, many of them go forth to fulfill their calling in different parts of the world; Singapore, Thailand, Philippines, Cambodia, Indonesia, Bangladesh, Japan, China, Hong Kong, USA, Canada, New Zealand, Australia, Africa, and the United Kingdom.

BCM graduates are highly regarded in the Christian community. Graduates work nationwide and overseas as church pastors, missionaries, in university ministries and para-church organizations, or return to the workforce for ministry opportunities and are more equipped to serve in the local church.