Program-program Ekstensi

Extension Programs

BCM melihat kepentingan kepimpinan dan pelayanan orang awam dalam gereja tempatan. Oleh itu, walaupun misi utama kami adalah melatih pastor, pemimpin dan pekerja Kristian untuk pelayanan sepenuh masa, BCM juga komited untuk melatih para pemimpin awam Kristian.

Kami berusaha untuk melakukannya dengan menyediakan peluang-peluang pendidikan teologi melalui empat program yang ditawarkan di pusat-pusat ekstensi bagi memberi latihan yang berkaitan kepada para pemimpin awam dalam memenuhi keperluan gereja-gereja tempatan.

Pusat-pusat Ekstensi (2022) 

  1. Bethany Church, KL
  2. City Revival Church, Subang Jaya
  3. New Life Restoration center, Shah Alam
  4. Putera Aman Assembly Church, Seri Kembangan, Selangor
  5. His Sanctuary of Glory, Kuala Lumpur
  6. Kota Kemuning Assembly of God, Shah Alam
  7. New Life Community Church USJ, Subang

Sekiranya gereja anda berminat untuk menjadi salah sebuah pusat Ekstensi BCM, sila muat turun risalahnya di sini..

Program-program Ekstensi (2022)

ASAS PENGAJIAN ALKITAB

Kredit yang perlu dikumpul: 18

Asas Pengajian Alkitab memerlukan 18 kredit untuk disiapkan. Setelah memperolehi 18 kredit, anda boleh memilih untuk meneruskan pengajian dan mengumpul sehingga 36 kredit untuk menamatkan pengajian dengan Sijil Pengajian Alkitab.

Anggaran Bayaran Kuliah: RM1,800

TINJAUAN PROGRAM

Kursus-kursus Teras (12 jam kredit)

Kredit

Tinjauan Perjanjian Lama

Tinjauan Perjanjian Baru

Roh Kudus & Kepercayaan Pentakosta

Pembentukan Rohani

3

3

3

3

Elektif (6 jam kredit)

 

Pelajar boleh memilih dua buah kursus elektif (kursus-kursus yang bukan dari kategori yang sama)

6

Sijil Pengajian Alkitab dan Pelayanan (Certificate of Biblical Studies; CBS)

Kredit yang perlu dikumpul: 36

Sijil Pengajian Alkitab direka untuk memperlengkapi mereka yang ingin melayani dalam pelayanan Kristian dengan pemahaman yang lebih mendalam tentang kitab suci dan kemahiran pelayanan. Mereka yang telah memperolehi 18 jam kredit dalam Asas Pengajian Alkitab boleh memindahkan 18 kredit tersebut ke dalam program ini sehingga mereka mengumpul sejumlah 36 jam kredit untuk menamatkan pengajian dengan Sijil Pengajian Alkitab.

Anggaran Bayaran Kuliah: RM3,600

NOTIS KEMASUKAN

  1. Setelah memenuhi 9 jam kredit pengajian, penuntut dikehendaki untuk Matrikulasi (Matrikulasi bermakna anda perlu berdaftar dalam program Sijil Pengajian Alkitab & Pelayanan dengan rasmi). Tanpa matrikulasi tiada kredit akan diberikan untuk kursus-kursus selanjutnya.
  2. Surat perakuan daripada pastor atau penatua bagi gereja yang menaungi pelajar adalah diperlukan sebagai sebahagian daripada proses matrikulasi.

TINJAUAN PROGRAM

Kursus-kursus Teras (15 jam kredit)

Kredit

Tinjauan Perjanjian Lama

Tinjauan Perjanjian Baru

Roh Kudus & Kepercayaan Pentakosta

Pembentukan Rohani

Penulisan Penyelidikan Teologi

3

3

3

3
3

Kursus-kursus Terfokus/Tumpuan (12 jam kredit)

 

Kursus Teologi
Kitab Perjanjian Lama (PL)

Tinjauan Perjanjian Baru (PB)

Kursus Pelayanan

3
3

3

3

Elektif (9 jam kredit)

9

Nota: Modul Program adalah tertakluk kepada perubahan. 

Sijil Siswazah Pengajian Alkitab (Graduate Certificate of Biblical Studies; GCBS)

Kredit yang perlu dikumpul: 18

Sijil Siswazah Pengajian Alkitab menyediakan latihan asas dalam pengajian Kristian bagi mereka yang memiliki ijazah Sarjana Muda atau yang setaraf dengannya daripada institusi yang bertauliah.

Anggaran Bayaran Kuliah: RM2,520

TINJAUAN PROGRAM

Kursus-kursus Teras (12 jam kredit)

Kredit

Pengenalan Perjanjian Lama (PL)

Pengenalan Perjanjian Baru (PB)

Dasar-dasar Pentakosta*

Pembentukan Rohani

3

3

3

3

Elektif (6 jam kredit)

 

Kitab PL

Kitab PB

3
3

Nota: Modul Program adalah tertakluk kepada perubahan. 

Diploma Siswazah Pengajian Alkitab (Graduate Diploma of Biblical Studies; GDBS)

Kredit yang perlu dikumpul: 36

Diploma Siswazah Pengajian Alkitab menyediakan latihan komprehensif bagi memperdalamkan pemahaman tentang Kitab Suci dan kemahiran pelayanan. Ia direka bagi mereka yang memegang ijazah Sarjana Muda atau yang setaraf dengannya daripada institusi yang bertauliah.

Pelajar yang telah memperolehi 18 jam kredit dalam Sijil Siswazah Pengajian Alkitab boleh memindahkan 18 jam kredit tersebut kepada program ini sehingga mereka mengumpul sejumlah 36 kredit untuk menamatkan pengajian dengan Diploma Siswazah Pengajian Alkitab.

Anggaran Bayaran Kuliah: RM5,040

TINJAUAN PROGRAM

Kursus-kursus Teras (27 jam kredit)

Kredit

Pengenalan Perjanjian Lama (PL)

Pengenalan Perjanjian Baru (PB)

Dasar-dasar Pentakosta*

Pembentukan Rohani

Penulisan Penyelidikan Teologi 

Kitab PL 1 

Kitab PB 1

Kitab PL 2

Kitab PB 2

3

3

3

3

3

3

3

3

3

Elektif (9 jam kredit)

9

Nota: Modul Program adalah tertakluk kepada perubahan.



Program Pendidikan Jarak Jauh

Di BCM, kami menawarkan sebuah program pendidikan jarak jauh dengan 6 buah modul (atau 9 buah modul bagi peringkat siswazah) yang direka bagi mereka yang ingin diperlengkapi dalam Firman Tuhan dan bagi pelayanan. Dengan menggunakan kaedah pembelajaran secara mandiri, Program Pendidikan Jarak Jauh kami adalah sesuai bagi individu-individu, kelompok-kelompok, dan bahkan gereja-gereja yang ingin menyediakan lebih banyak peluang belajar kepada anggota atau jemaat mereka. 

Adakah program ini sesuai untuk saya?
Jika anda ingin mendapatkan pemahaman yang lebih mendalam mengenai Alkitab, tetapi tidak dapat datang ke kampus BCM untuk menghadiri kelas atau anda memerlukan rancangan pembelajaran yang lebih fleksibel, program ini adalah untuk anda. Anda juga boleh memohon menyertai program ini bersama dengan keluarga atau rakan-rakan anda dan mempelajari Firman Tuhan bersama-sama!

Nota: Kredit yang diperolehi adalah terpakai untuk program-program BCM sehingga peringkat Sarjana Muda.

ASAS PENGAJIAN KRISTIAN 

Kredit yang perlu dikumpul: 18

Anggaran Bayaran Kuliah: RM2,280

TINJAUAN PROGRAM

Kursus-kursus Teras (9 jam kredit)

Kredit

Tinjauan Perjanjian Lama

Tinjauan Perjanjian Baru

Roh Kudus & Kepercayaan Pentakosta

3

3

3

Elektif (9 jam kredit) – Kursus-kursus hendaklah dipilih daripada sekurang-kurangnya dua kategori

 

Elektif 1

Elektif 2

Elektif 3

3

3

3

SIJIL SISWAZAH PENGAJIAN KRISTIAN 

Kredit yang perlu dikumpul: 18

Sijil Siswazah Pengajian Kristian direka untuk pelajar yang memiliki ijazah Sarjana Muda atau yang setaraf dengannya daripada institusi yang bertauliah. 

Anggaran Bayaran Kuliah: RM2,880

TINJAUAN PROGRAM

Kursus-kursus Teras (9 jam kredit)

Kredit

Pengenalan Perjanjian Lama (PL)

Pengenalan Perjanjian Baru (PB)

Roh Kudus & Kepercayaan Pentakosta

3

3

3

Elektif (9 jam kredit) – Kursus-kursus hendaklah dipilih daripada sekurang-kurangnya dua kategori

 

Elektif 1

Elektif 2

Elektif 3

3

3

3

Berminat untuk memohon? 

Untuk pertanyaan dan pendaftaran, sila hubungi: 

Pengarah Program Pendidikan Jarak Jauh

E-mel: dlearning.bcm@gmail.com

Global University

The Bible College of Malaysia (BCM) is an official extension center for Global University, a fully-accredited non-profit Christian university based out of Missouri, the United States. In Malaysia, more than 80 graduates have completed an undergraduate program with Global University between 1989 and 2019.

Several Global University programs are available through BCM in Malaysia.

UNDERGRADUATE SCHOOL OF BIBLE AND THEOLOGY

For more information on the certificates, diploma and degree programs, click di sini)..

BEREAN SCHOOL OF THE BIBLE

Bible and Doctrine Diploma (17 subjects) – for more information, click di sini)..

SCHOOL OF EVANGELISM AND DISCIPLESHIP

Christian Life Certificate (18 subjects) 

Christian Service Diploma (18 subjects)

These programs are available in English, Chinese and Bahasa Malaysia. For more information, please click di sini). (English) or di sini). (Chinese).

Adakah program ini sesuai untuk saya?

If you desire to be equipped with the knowledge of God’s Word for life and ministry through a systematic and accredited study program but aren’t able to attend physical classes, this program is for you! Global University’s programs allow you to study in your own space and at your own pace, earning a well-recognized US degree at a fraction of the cost. 

About Global University

Global University is a fully-accredited non-profit Christian university in the Pentecostal tradition based out of Springfield, Missouri. It has a distinguished heritage spanning almost 60 years and its vision is to impact eternity by reaching the lost and training the found, everywhere. Global University is a member of the Asia Pacific Theological Association. 

  • Our course materials are developed by qualified scholars from many nations.
  • Our emphasis on applied learning and ministry will benefit you through the integration of academic rigor with practical application.
  • You can study in your own space and at your own pace.
  • You earn a well-recognized US degree at a fraction of the cost.

Global University’s programs are accredited by the Accrediting Commission of the Distance Education and Training Council, assuring quality in all aspects of our educational services.  

For more information on the university’s undergraduate programs, please click di sini).

Berminat untuk memohon? 

For enquiries or registration, please contact: 

Bible College of Malaysia
(Global University Department)
99 Jalan Gasing
46000 Petaling Jaya
Email: globaluni.bcm@gmail.com
Facebook: https://www.facebook.com/globaluni.bcm/

Seminar-seminar

Kolej Alkitab Malaysia menyedari mandatnya untuk mempersiapkan kehidupan bagi pelayanan, yang tidak terhad kepada pekerja gereja, pastor atau mereka yang berkecimpung dalam pelayanan sepenuh masa. Adalah menjadi hasrat dan visi kami untuk menjadikan pengetahuan akan Firman Tuhan tersedia bagi semua orang, dan untuk memperlengkapi setiap orang Kristian dengan pemahaman yang lebih mendalam tentang Alkitab dan iman yang kita akui. 

Selaras dengan panggilan ini, BCM ada menganjurkan seminar-seminar awam di sepanjang tahun, yang merangkumi pelbagai topik dan dikendalikan oleh guru-guru atau para penceramah yang terkemuka. Di bawah program Sijil Pembangunan Kehidupan Kristian (CCLD), seminar-seminar ini menyentuh topik-topik berlainan, daripada pembentukan rohani kepada kepengurusan yang Alkitabiah dan pembangunan kepimpinan. 

Seminar-seminar CCLD yang Akan Datang (Jan–Jun 2023)

To insert when info received 

Mengenai Program Sijil Pembangunan Kehidupan Kristian (CCLD) 

CCLD merupakan sebuah siri seminar dalam 10 bahagian yang terbuka kepada semua orang Kristian. Peserta yang menyelesaikan 10 bahagian seminar tersebut akan mengumpul sejumlah 6 kredit, yang boleh dipindahkan kepada sebuah program pengajian penuh BCM.

Select the fields to be shown. Others will be hidden. Drag and drop to rearrange the order.
  • Image
  • SKU
  • Rating
  • Price
  • Stock
  • Availability
  • Add to cart
  • Penerangan
  • Content
  • Weight
  • Dimensions
  • Additional information
Click outside to hide the comparison bar
Compare

Kenyataan Iman

Kolej Bible Malaysia berpegang pada Kenyataan Iman (Statement of Truths) yang dipegang oleh the Assemblies of God seperti yang berikut: 

Kami percaya

bahawa Alkitab adalah Firman Tuhan yang diilhamkan, sebagai aturan yang sempurna bagi iman dan tingkah laku semua manusia.

bahawa Tuhan itu Esa, maha wujud di dalam tiga Peribadi–Bapa, Anak, dan Roh Kudus.

tentang Keilahian Tuhan kita Yesus Kristus, tentang kelahiran-Nya melalui seorang perawan, tentang kehidupan-Nya yang tidak berdosa, tentang mukjizat-Nya, tentang kematian-Nya yang mewakili manusia dan menebus dosa kita, tentang kebangkitan tubuh-Nya dari maut, tentang kenaikan-Nya ke sebelah kanan Bapa, dan tentang kedatangan-Nya kembali ke dunia pada masa hadapan secara kelihatan untuk memerintah selama seribu tahun.

tentang pengangkatan Gereja pada waktu kedatangan Kristus ke dunia; inilah harapan bahagia bagi semua orang beriman.

bahawa “sebagaimana dosa memasuki dunia ini melalui seorang manusia, dan dengan demikian kematian menimpa semua manusia, kerana semuanya berdosa.”

bahawa satu-satunya cara untuk diselamatkan daripada dosa adalah melalui pertaubatan dan iman di dalam kuasa darah Kristus yang menyucikan.

bahawa regenerasi oleh Roh Kudus adalah sangat penting bagi keselamatan peribadi.

bahawa melalui kematian Kristus di kayu Salib, penyembuhan bagi tubuh manusia tersedia sebagai jawapan kepada iman dan doa.

tentang baptisan dalam Roh Kudus menurut Kisah Rasul 2:4, yang boleh diterima oleh semua orang percaya untuk kehidupan dan pelayanan yang berkesan.

tentang kuasa pengudusan Roh Kudus yang mendiami orang Kristian untuk memampukan mereka menjalani kehidupan yang kudus.

tentang kebangkitan tubuh orang-orang yang diselamatkan dan yang terhilang, yang satu kepada kehidupan kekal dan yang satu lagi kepada hukuman kekal.

Sejarah Kolej Alkitab Malaysia

BCM telah dimulakan oleh mubaligh Amerika, Delmer dan Eleanor Guynes, yang dihantar ke Malaysia untuk melakukan pekerjaan Tuhan pada tahun 1950-an. Ia pertama kali dinamakan Institut Alkitab Malaya, kolej ini dibuka secara rasmi pada tahun 1960. Pada tahun 1962, kumpulan pertama pelajar yang terdiri daripada empat orang lelaki dan tiga orang wanita menjadi graduan pertama.

Sebagai sebuah institusi pendidikan, misi utama BCM adalah untuk memperlengkapi dan menyediakan latihan holistik kepada orang-orang yang dipanggil melayani Tuhan supaya mereka menyebarkan injil Tuhan kita dengan berkesan dengan kurnia-kurnia yang diberikan Tuhan kepada mereka—di Malaysia dan di luar negara.

Pada tahun 1982, kolej ini telah diberi nama baru iaitu Bible College of Malaysia dengan penawaran program Sarjana Muda Teologi. Disebabkan wujudnya keperluan bagi lebih ramai pemimpin Kristian awam, Sijil Pengajian Alkitab telah diperkenalkan pada tahun 1986. Dengan meningkatnya permintaan untuk pendidikan Kristian di peringkat tinggi, serangkaian program Sarjana telah diperkenalkan pada tahun 2004.

Pada mulanya, semua program dijalankan dalam Bahasa Inggeris. Antara tahun 1968 dan 1972, di bawah kepimpinan Rev David dan Alice Nyien, beberapa program tertentu telah ditawarkan dalam Bahasa Cina. Pada tahun 1980, sebuah fakulti penuh berbahasa Cina telah ditubuhkan. Pada hari ini, fakulti Bahasa Cina menawarkan serangkaian penuh pengajian daripada program Sarjana Muda, Sarjana kepada program Kaunseling. 

Dengan lokasinya yang strategik di Malaysia, tumpuan utama BCM adalah untuk memperlengkapi lebih ramai penutur bahasa tempatan. Memandangkan timbulnya tersebut, Rev Peter Wong, Rev Ng Kok Kee dan Rev Wendy Ching telah menubuhkan fakulti Bahasa Malaysia pada tahun 2003. Fakulti ini menawarkan Diploma Teologi dan kemudiannya, Sarjana Muda Teologi. 

Tenaga pengajar kami yang berpengalaman dan yang prihatin datang dari pelbagai latar belakang pelayanan dan pekerjaan misi. Bukan kepakaran akademik mereka sahaja yang akan mengembangkan dan memperdalam pengetahuan serta pemikiran alkitabiah anda, tetapi pengalaman mereka di lapangan memberikan penerapan praktikal bagi pembelajaran yang holistik. Lihat Ahli-ahli Akademik kami.

Sejak 60 tahun penubuhannya, BCM telah melatih lebih daripada 1000 orang yang bekerja untuk Kristus. Dalam kalangan tersebut adalah 700 orang pendeta sepenuh masa, 200 orang pastor dwi-kerjaya atau pemimpin awam yang bekerja di luar gereja, 14 orang misionari, 9 orang pekerja institusi separa-gereja, 31 orang pekerja khidmat sosial dan 5 orang penginjil. 

Dengan memanfaatkan rangkaian dan ekosistem yang kukuh di BCM, beberapa orang alumni merupakan pengkhutbah keliling. Di kalangan mereka yang dilatih di BCM, ramai yang telah pergi untuk memenuhi panggilan mereka di pelbagai tempat di dunia; di Singapura, Thailand, Filipina, Kemboja, Indonesia, Bangladesh, Jepun, China, Hong Kong, Amerika Syarikat, Kanada, New Zealand, Australia, Afrika dan United Kingdom.

Graduan BCM dipandang tinggi dalam komuniti Kristian. Mereka bekerja di seluruh negara dan di luar negara sebagai pastor gereja, misionari, dalam pelayanan di universiti dan organisasi separa-gereja, atau kembali menjadi tenaga kerja bagi mendapatkan peluang-peluang pelayanan dan mereka lebih terlatih untuk melayani di gereja tempatan.