Polisi & Garis Panduan
Disember 1, 2022 2023-08-01 16:57Policies & Guidelines
KALENDER AKADEMIK
Di Kolej Alkitab Malaysia, tahun akademik mengandungi tiga trimester di mana setiap satunya berlangsung selama 13 minggu. Tahun pengajian bermula pada bulan Januari dan berakhir pada awal Disember.
PEMINDAHAN KREDIT
Pelajar yang ingin memindahkan kredit dari kolej lain ke BCM dikehendaki mengemukakan transkrip rasmi bersama-sama dengan salinan katalog daripada kolej tersebut. Kredit boleh diberikan untuk kerja kursus yang dilakukan pada peringkat yang setara. BCM berhak menerima atau menolak kerja kursus yang telah dibuat di kolej lain.
STATUS PENDAFTARAN
BCM menawarkan laluan pengajian sepenuh masa dan bukan sepenuh masa (sambilan). Status pendaftaran ditentukan oleh bilangan kredit yang telah diperolehi setiap trimester dan penglibatan dalam aktiviti kurikulum tambahan.
Pelajar Sepenuh Masa: adalah pelajar yang mengambil sekurang-kurangnya 9 jam kredit* setiap trimester dan diwajibkan mengambil bahagian dalam aktiviti kurikulum tambahan.
Pelajar Bukan Sepenuh Masa: adalah pelajar yang mendaftar mengikut kemampuan mereka (sebanyak kursus yang dapat mereka tangani) dan diharapkan menerima latihan kurikulum tambahan mereka di gereja masing-masing.
*Setiap kredit mewakili sejumlah 40 jam pembelajaran.
SISTEM PENGGREDAN
Markah | Gred | GPA |
93-100 | A | 4.0 |
90-92 | A- | 3.7 |
87-89 | B+ | 3.3 |
83-86 | B | 3.0 |
80-82 | B- | 2.7 |
77-79 | C+ | 2.3 |
73-76 | C | 2.0 |
70-72 | C- | 1.7 |
67-69 | D+ | 1.3 |
63-66 | D | 1.0 |
60-62 | D- | 0.7 |
Di bawah 60 | F | 0 |
P | Lulus | |
S | Memuaskan | |
W | Menarik Diri | |
WF | Menarik Diri dan Gagal | |
AU | Audit |
Audit
Untuk mengaudit kursus atau meminta pertukaran status kursus daripada kredit kepada audit, pelajar harus mendapat kelulusan daripada Dekan Akademik. Kegagalan memaklumkan kepada Dekan mengenai sebarang perubahan status daripada kredit kepada audit akan menghasilkan gred gagal. Pelajar tidak dibenarkan menukar status kursus daripada audit kepada kredit.
Menarik Diri daripada Kursus
Jika pelajar menarik diri daripada kursus sebelum sesi kelas yang ke-6, rekod mereka tidak akan dicatatkan. Walau bagaimanapun, jika pelajar menarik diri selepas sesi kelas yang ke-6, gred tetap “Menarik Diri”, “Menarik Diri dan Gagal”, atau “Gagal” akan direkodkan bergantung kepada sebab penarikan diri dan kredit pengajian tidak akan diberikan.
Kerja Kursus Tidak Lengkap
Kerja kursus yang tidak lengkap hendaklah disiapkan selewat-lewatnya sebelum permulaan trimester baharu yang akan datang. Kegagalan untuk menyiapkan semua kerja kursus boleh menyebabkan pelajar mendapat gred gagal bagi kursus tersebut.
Kehadiran Kuliah
Pelajar diharuskan menghadiri semua kuliah. Pelajar yang meninggalkan kelas lebih awal tanpa kebenaran pensyarah akan dikira sebagai tidak hadir. Tiga insiden kelewatan dikira sama dengan satu ketidakhadiran.
Jumlah maksimum ketidakhadiran yang dibenarkan adalah seperti berikut:-
- Kursus 2 jam kredit — 3 jam kuliah
- Kursus 3 jam kredit — 2 hari/malam kuliah (6 jam)
- Kursus intensif seminggu — 1 hari kuliah
Sebaik sahaja mencapai jumlah ketidakhadiran maksimum yang dibenarkan bagi sesebuah kursus, pelajar tidak lagi boleh mengambil kursus tersebut sebagai kredit. Dalam kes-kes yang luar biasa, pelajar boleh merayu kepada Jawatankuasa Pentadbiran untuk mendapat pengecualian.
KEDUDUKAN AKADEMIK
Pelajar harus mengekalkan kemajuan akademik yang memuaskan dalam program pengajian mereka. Mereka boleh diturunkan ke program yang lebih rendah jika mereka gagal mengekalkan purata mata gred (GPA) sebanyak 1.0 yang diperlukan bagi program-program sijil, GPA 2.0 untuk program-program diploma dan GPA 2.5 untuk program-program Sarjana Muda dan Sarjana.
Plagiarisme dan Penggunaan Artificial Intelligence (AI)
Dalam kes plagiarisme, prosedur tatatertib adalah seperti berikut:
- 1* Kali pertama – Pelajar wajib membuat semula kertas tugasan mereka. Amaran bertulis akan diberikan dan penalti gred akan dikenakan ke atas kertas tersebut.
- 2* Kali kedua – Pelajar akan diberi gred Gagal (sama ada dalam kursus yang sama atau kursus yang berbeza).
- 3* Kali ke-3 – Pelajar akan digantung pengajian selama satu penggal.
Sebarang penggunaan sumber AI seperti ChatGPT untuk membuat tugasan adalah dilarang sama sekali dan secara automatik akan mengakibatkan pelajar diberi gred Gagal tanpa sebarang peluang untuk membuat semula tugasan tersebut.
TEMPOH PERCUBAAN AKADEMIK
Pelajar yang mendapat GPA di bawah standard minimum yang diperlukan untuk program pengajian mereka boleh diletakkan dalam tempoh percubaan akademik. Seorang pelajar yang berada dalam percubaan akademik selama dua trimester berturut-turut dan masih tidak menunjukkan peningkatan prestasi akademik yang memuaskan boleh ditamatkan pengajiannya.
PERTUKARAN DALAM PROGRAM AKADEMIK
Pelajar yang ingin memohon pertukaran dalam program pengajian mereka mestilah membuat permohonan bertulis dan mengemukakan permintaan mereka bersama-sama dengan surat sokongan daripada gereja yang menghantar mereka belajar di BCM.
PELAJAR YANG MENYAMBUNG PENGAJIAN
Pelajar sepenuh masa dikehendaki menyumbang suatu jumlah bayaran yang tetap jika mereka ingin menangguhkan pengajian mereka buat sementara waktu tetapi ingin kekal dalam program mereka. Sekiranya pelajar tidak meneruskan pengajian untuk tempoh dua tahun berturut-turut, statusnya sebagai pelajar akan ditamatkan. Permohonan baharu hendaklah dibuat untuk mengaktifkan semula statusnya sebagai pelajar.
SYARAT-SYARAT PENGIJAZAHAN
- Penyelesaian memuaskan bagi sebarang kekurangan semasa kemasukan seperti yang ditentukan oleh Dekan Akademik.
- Mengekalkan purata mata gred (GPA) minimum 1.0 untuk program-program Sijil, 2.0 untuk program-program Diploma dan 2.5 untuk program-program Sarjana Muda dan Sarjana.
- Mendapat kelulusan daripada Jawatankuasa Pengijazahan berkaitan perwatakan dan kelakuan Kristian.
- Menghadiri majlis pengijazahan (kecuali mendapat kebenaran khas untuk tidak hadir daripada Jawatankuasa Pengijazahan).
- Memenuhi semua kewajipan seperti yang dinyatakan dalam Borang Pelepasan Pengijazahan (Graduation Clearance Form).
Garis Panduan untuk Pelajar Bukan Sepenuh Masa
Garis Panduan untuk Kaunseling Pelayanan
Polisi bagi Pelajar Matang
Polisi bagi Pelajar Matang menawarkan laluan yang unik bagi para pemimpin awam atau para pendeta sepenuh masa yang telah berkecimpung dalam pelayanan selama bertahun-tahun dan ingin melanjutkan pengajian akademik.
Jika anda telah melayani dalam pelayanan Kristian selama sekurang-kurangnya 10 tahun, anda boleh memohon kemasukan ke dalam program-program berikut di bawah Polisi Pelajar Matang.
SARJANA PELAYANAN (untuk pendeta/pastor sahaja)
- Berumur 35 tahun ke atas
- Memiliki Diploma Teologi
- Memiliki 10 tahun pengalaman dalam pelayanan
Jumlah minimum sebanyak 42 kredit pengajian di BCM adalah diperlukan bagi menyelesaikan program ini.
SARJANA KAUNSELING PELAYANAN
- Pelajar berumur 35 tahun ke atas.
- Memiliki Diploma Lanjutan Kaunseling Pelayanan.
- Melayani secara aktif di gereja selama 10 tahun
- Mengambil 5 buah modul tambahan daripada mana-mana kategori
SARJANA MUDA TEOLOGI
Kategori A
- Berumur 35 tahun ke atas.
- Memiliki sekurang-kurangnya 10 tahun pengalaman memegang jawatan kepimpinan Kristian.
Jumlah minimum sebanyak 108 kredit pengajian di BCM adalah diperlukan untuk menyelesaikan program ini.
Kategori B
- Berumur 35 tahun ke atas.
- Memiliki Diploma Teologi.
- Memiliki sekurang-kurangnya 10 tahun pengalaman dalam pelayanan.
Jumlah minimum sebanyak 21 kredit pengajian di peringkat Sarjana Muda Teologi (BTh) di BCM adalah diperlukan bagi menyelesaikan program ini.
DIPLOMA TEOLOGI
- Berumur 35 tahun ke atas.
- Memiliki sekurang-kurangnya 10 tahun pengalaman memegang jawatan kepimpinan Kristian.
Jumlah minimum sebanyak 63 kredit pengajian di BCM adalah diperlukan bagi menyelesaikan program ini.
Nota: Kredit daripada kelas-kelas malam BCM dan institusi-institusi lain yang diiktiraf oleh BCM boleh dipindahkan sehingga satu pertiga daripada jumlah kredit yang diperlukan di bawah Polisi Pelajar Matang. Untuk maklumat lanjut serta untuk melihat terma dan syarat penuh, sila hubungi Pejabat Pendaftar kami.