Sumbangan
Februari 24, 2021 2023-09-18 12:32Give to BCM
Pemberian Anda
-
Memberi Impak kepada Sebuah Generasi
-
Membina Masa Depan
-
Menegakkan Kerajaan-Nya
- Memberi Impak kepada Sebuah Generasi
- Membina Masa Depan
- Menegakkan Kerajaan-Nya
Mendukung BCM
BCM komited untuk melatih dan mendidik orang-orang yang mengasihi Tuhan dan bersemangat untuk mengembang serta mengukuhkan kerajaan-Nya di negara ini dan di seluruh dunia. Pemberian anda membawa perubahan dengan membolehkan kos pengajian dikurangkan dan menjamin masa depan pelayanan ini.
Untuk memastikan yuran program-program kami berpatutan, pelajar hanya menyumbang sebanyak 30% daripada jumlah perbelanjaan bagi tempoh pengajian mereka, dengan baki 70% lagi ditaja oleh gereja-gereja dan individu-individu tertentu.
Buat masa ini, perbelanjaan bulanan kami adalah sekitar RM130,000. Apabila anda membuat pemberian kepada BCM, anda sedang mendukung pelayanan Injil yang memperlengkapi para pastor dan pemimpin masa hadapan untuk membawa impak luar biasa kepada masyarakat.
Kami berharap untuk mengumpul dana sebanyak RM40,000 melalui rakan-rakan misi bulanan. Jika 16 orang daripada kita memberikan sumbangan bulanan sebanyak RM50, kita dapat menaja satu orang pelajar dalam persiapan mereka bagi pelayanan.
Terima kasih atas doa-doa dan sokongan anda yang berterusan bagi BCM.
Jadilah Rakan Misi Bulanan sekarang
Jika anda ingin menyumbang secara bulanan melalui TouchNGo atau e-dompet, sila isi borang ini (klik di sini).Kakitangan kami akan menghubungi anda sebentar lagi.
Sokong BCM
Jika anda ingin membuat sumbangan satu kali sahaja kepada BCM, anda boleh berbuat demikian melalui saluran-saluran berikut.Terima kasih kerana menyokong pelayanan Injil yang mempersiapkan para pastor dan pemimpin masa depan yang membawa impak besar kepada masyarakat.
Nama Bank: Public Bank Berhad
Nama Akaun: Bible College of Malaysia
Nombor Akaun: 3126997726
Kod Swift: PBBEMYKL
Alamat Bank: No. 1, Jalan 52/2, 46200 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.
Jika anda ingin menyumbang secara bulanan melalui TouchNGo atau e-dompet, sila isi borang ini (klik di sini).Kakitangan kami akan menghubungi anda sebentar lagi.
Dana Bangunan
Untuk memenuhi tuntutan pelayanan Kristian dan pendidikan teologi yang semakin meningkat, pengembangan infrastruktur kolej adalah amat diperlukan. BCM berharap dapat membina dua buah blok bangunan yang baharu untuk menyediakan pelbagai kemudahan termasuk dewan serbaguna, perpustakaan, pejabat dan penginapan bagi para pelajar. Secara keseluruhannya, BCM perlu mengumpul dana sebanyak RM13 juta untuk projek ini.
Dengan sokongan anda, kami akan dapat terus memenuhi mandat untuk melatih, memperlengkapi serta mempersiapkan para pastor dan juga para pemimpin awam untuk menghadapi perubahan landskap pelayanan Kristian pada hari ini.
Jika anda ingin menyumbang kepada Dana Bangunan BCM, anda boleh menyalurkan pemberian anda ke:
Nama Bank: Public Bank Berhad
Nama Akaun: Bible College of Malaysia
Nombor Akaun: 3217321611
Kod Swift: PBBEMYKL
Alamat Bank: No. 1, Jalan 52/2, 46200 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.
Meninggalkan Legasi
Program Endowmen BCM (atau BCM-EP) telah ditubuhkan pada tahun 2017 untuk mewujudkan saluran jangka panjang bagi para pastor, alumni dan rakan-rakan BCM untuk membuat perubahan yang berpanjangan bagi Kerajaan Tuhan sehingga abad ke-22. Ia menyediakan bagi semua orang yang percaya dengan misi BCM peluang untuk membuat pemberian bulanan yang tetap, berskala kecil, dan tidak membebankan untuk mendukung tiga buah matlamat seabad BCM yang tertentu.
Jika Yesus masih belum datang kembali, menjelang 2027 kami berharap untuk mengumpul dana antara RM25 juta dan RM50 juta dalam bentuk modal benih (seed capital) untuk menyediakan aliran masuk pendapatan portfolio pasif yang segar dan mampan bagi BCM sekurang-kurangnya RM1 juta setahun.
Aliran tunai tetap tambahan ini, selain daripada usaha aktif kami mengumpul dana bagi perbelanjaan am, akan membolehkan kami:
- Menyediakan biasiswa kepada lebih ramai pelajar dalam menyahut panggilan Yesus untuk melayani sepenuh masa;
- Memperluas, menyelenggara, dan memodenkan kemudahan-kemudahan di BCM yang semakin menua; dan
- Menaikkan taraf gaji kakitangan dan ahli fakulti BCM yang berada di peringkat bawah dalam kalangan seminari-seminari serantau.
CATATAN:
Jauh sebelum mencapai sasaran RM25 juta hingga RM50 juta, menjelang tahun 2027, kami merancang untuk memulakan pengeluaran dana daripada portfolio BCM-EP sebaik sahaja nilainya melebihi RM5 juta sekitar tahun 2020.
RM5 juta pertama yang dikumpul akan disimpan dalam akaun-akaun deposit tetap untuk tujuan pengeluaran faedah sahaja.
Pada masanya, jumlah yang melebihi RM5 juta pertama akan diperuntukkan selanjutnya dalam portfolio simpanan dan pelaburan pelbagai yang ditadbir oleh Jawatankuasa Pelaburan yang terdiri daripada para pelabur profesional dan pastor yang celik kewangan yang dipilih oleh Lembaga Pengarah BCM dengan kelulusan penuh dan pengesahan daripada Exco AG.
Mandat utama Jawatankuasa Pelaburan ini adalah untuk menguruskan secara berhemat – bagi pertumbuhan majmuk jangka panjang – modal benih BCM-EP untuk terus memenuhi tiga matlamat program yang disenaraikan di atas.
Untuk tujuan itu, kami di BCM menjemput anda untuk menyumbang sebarang jumlah – sebaik-baiknya melalui pemindahan bank secara automatik (automated bank transfers) – antara RM20 dan RM200 sebulan. Kami akan menyimpan rekod sumbangan anda dengan baik. Oleh itu, sila maklumkan kepada kami sebaik sahaja anda memulakan pemindahan bulanan dengan menghantar e-mel kepada kami di biblecm@gmail.com
Akaun Bank BCM-EP yang ditetapkan: PUBLIC BANK BERHAD
Nama Akaun: Bible College of Malaysia
No. Akaun: 3203 973 800
Terima kasih atas perkongsian anda dalam pelayanan melatih para pekerja dengan berpusatkan Kristus ini untuk menuai jiwa-jiwa di ladang yang luas.