Kampus
Mac 8, 2021 2023-01-27 15:46Campus
Kampus
Pembentukan Rohani
Di BCM, pembentukan rohani adalah bahagian penting dalam kurikulum di BCM. Ia dijalankan dalam bentuk devosi peribadi, devosi mingguan di asrama, kebaktian di kapel, pertemuan kumpulan kecil dan bengkel-bengkel sekiranya perlu.
Trimester pertama dan kedua
Pada trimester pertama dan kedua, pelajar dan ahli fakulti akan mengambil bahagian dalam Retreat Rohani selama 2 hari melalui kebaktian khas di kapel, ikatan dan persekutuan.
Trimester ketiga
Pada trimester ketiga, pelajar dan ahli fakulti akan mengambil bahagian dalam sebuah Kem, jika tiada lawatan misi dirancang untuk tahun tersebut.
Pengalaman Praktikal
Sebagai suatu cara pembelajaran, pelajar juga akan bergilir-gilir berkhutbah sekurang-kurangnya sekali dalam satu trimester dan menerima maklum balas bagi penambahbaikan selepas setiap sesi.
PEMBENTUKAN PELAYANAN
Semasa di BCM, anda akan berpeluang melayani dalam pelbagai cara, termasuk dalam Majlis Pelajar, dalam jawatankuasa kapel, dalam pelayanan penyembahan, serta dalam peranan kepimpinan yang lain.