Pembentukan Rohani & Pelayanan
November 30, 2022 2023-01-13 5:52Around BCM
Pembentukan Rohani & Pelayanan
Kehidupan Komuniti
BCM menyediakan asrama untuk pelajar sepenuh masa yang berstatus bujang yang ingin tinggal di kampus. Kehidupan dalam komuniti ini membolehkan pelajar membina hubungan yang bermakna dan berkekalan dalam sebuah persekitaran di mana mereka belajar, hidup, makan, melayani dan bermain bersama. Ia merupakan suatu pengalaman yang tersendiri dan lain daripada yang lain, dan yang dihargai oleh setiap pelajar BCM, dahulu dan sekarang, sehingga ke hari ini.
Perumahan di kampus
RM1,050 setiap trimester (92–95 hari) untuk bilik berhawa dingin bagi 2 orang dengan kemudahan perabot asas, termasuk caj elektrik dan air.
Nota:Peti sejuk, ketuhar mikro, dispenser air, seterika dan papan seterika juga tersedia bagi kegunaan para pelajar asrama. Pelajar perlu membekalkan cadar, selimut, sarung bantal dan bantal serta peralatan mandian mereka sendiri.
Makanan
RM1,000 setiap trimester untuk:
- Makan malam pada hari Isnin
- Makan tengah hari dan makan malam pada hari Selasa hingga Khamis
- Makan tengah hari pada hari Jumaat
Lapangan Kampus
Kampus BCM terletak di lokasi yang strategik di Jalan Gasing, Petaling Jaya dan mudah diakses menggunakan pengangkutan awam. Kampus kami memuatkan empat bangunan utama;
- Sayap pentadbiran utama menempatkan pejabat-pejabat, gereja kecil (chapel), bilik-bilik kuliah, dan ruang makan.
- Asrama menyediakan tempat tinggal untuk pelajar sepenuh masa serta ahli fakulti dan kakitangan yang menetap di BCM. Maklumat lanjut.
- Perpustakaan BCM memuatkan 24,320 buah judul buku dalam Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan Bahasa Malaysia, yang boleh dicari melalui sistem katalog dalam talian. Ia juga memiliki ATLA Religion Database bersama dengan ATLA Serials. Maklumat lanjut.
- Sebuah Auditorium bergaya teater yang berkapasiti 650 orang.
Kampus BCM terletak di No. 99 Jalan Gasing, Petaling Jaya. Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) yang terdekat ialah Stesen LRT Taman Jaya. Dari situ, akan mengambil masa 5–10 minit dengan menggunakan kenderaan untuk sampai ke Kampus BCM. Ia terletak di pinggir kawasan Petaling Jaya manakala pusat bandar Kuala Lumpur hanya sejauh 20 minit perjalanan dari sini menggunakan kenderaan.
APA YANG ADA DI SEKITAR KAMPUS?
Dengan lokasinya yang terletak di antara Lebuhraya Persekutuan dan kawasan kejiranan yang tenang di Petaling Jaya, kawasan di sekitar BCM tidak kekurangan kedai-kedai makan, kedai-kedai serbaneka, bank dan pusat membeli-belah. Ada yang berada dalam jarak berjalan kaki, manakala yang lain berada dalam jarak beberapa minit pemanduan. Berikut adalah beberapa tempat yang dekat atau mudah dikunjungi:
Tempat makan yang sedap: 1977 New Ipoh Chicken Rice, Cafe 123 Gasing, Maharaj Restaurant, Lotus Family Restaurant, Subway Sandwiches, UMAC house
Tempat popular: Amcorp Mall, Seventeen Mall, Jaya One, Digital Mall
Tempat rekreasi: Taman Hutan Bukit Gasing, Taman Jaya.
Pusat kesihatan: Pusat Perubatan Universiti Malaya, Pusat Pakar UM, Hospital Assunta, Hospital Columbia Asia.
MENGUNJUNGI KAMPUS BCM
Kami mengalu-alukan anda untuk berkunjung ke BCM pada bila-bila masa sepanjang tahun akademik. Anda akan berpeluang untuk berbual dengan kakitangan kami, berjalan di kawasan kampus dan mengalami sekilas pandangan bagaimana rasanya untuk belajar di BCM. Untuk mengelakkan sebarang kekecewaan, sila hubungi pejabat BCM terlebih dahulu untuk menetapkan waktu dan hari yang sesuai bagi kunjungan anda. Kami mengalu-alukan kedatangan anda.