About

Misi Kami

Misi utama Kolej Alkitab Malaysia sebagai sebuah institusi pendidikan adalah untuk memperlengkapi orang-orang yang telah dipanggil oleh Tuhan dengan latihan yang menyeluruh supaya mereka dapat mengembangkan kurnia-kurnia yang diberikan oleh Tuhan (Ef 4:11–12) dan melayani dengan berkesan demi penyebaran injil Tuhan kita Yesus Kristus di Malaysia dan sampai ke luar negara (Mk 16:15).

Visi Kami

Sebagai sebuah komuniti yang dipenuhi oleh Roh, Kolej Alkitab Malaysia berusaha untuk menyepadukan kesarjanaan alkitabiah yang mantap dengan latihan yang mutakhir untuk mempersiapkan orang-orang percaya melakukan pelayanan yang saleh dan menyeluruh.

BCM-1039
BCM-1144

Kenyataan Iman Kami

Bible College of Malaysia berpegang pada Kenyataan Iman daripada Assemblies of God 

Matlamat

Untuk melatih para pekerja Kristian dalam Firman Tuhan yang sempurna bagi pelayanan yang berkesan
Untuk memupuk dan memelihara pertumbuhan rohani para pelajar secara menyeluruh
Untuk membangunkan kebolehan pelajar melakukan penginjilan dan misi sedunia
Untuk memupuk karakter Kristian yang baik supaya pelajar bertanggungjawab kepada Tuhan dan kepada sesama manusia
Untuk memelihara dan menyebarkan iman Pentakosta yang historik dan kesaksian Sidang Jemaat Tuhan (the Assemblies of God).
0

Tahun dibuka

0 +

Pelajar-pelajar

0 +

Graduan

0

Alumni di pelayanan sepenuh masa

Sejarah Kami

Mempersiapkan Kehidupan untuk Pelayanan

BCM telah dimulakan oleh mubaligh Amerika, Delmer dan Eleanor Guynes, yang dihantar ke Malaysia untuk melakukan pekerjaan Tuhan pada tahun 1950-an. Ia pertama kali dinamakan Institut Alkitab Malaya, kolej ini dibuka secara rasmi pada tahun 1960. Pada tahun 1962, kumpulan pertama pelajar yang terdiri daripada empat orang lelaki dan tiga orang wanita menjadi graduan pertama.
Sebagai sebuah institusi pendidikan, misi utama BCM adalah untuk memperlengkapi dan menyediakan latihan holistik bagi lelaki dan wanita yang dipanggil oleh Tuhan supaya mereka boleh menyebarkan Injil dengan berkesan melalui bakat yang Tuhan berikan kepada mereka di Malaysia dan ke luar negara.

Ahli-ahli Fakulti

Pensyarah Sepenuh Masa

andrew lau

Andrew Lau

  • Bachelor of Engineering, Universiti Teknologi Malaysia
  • Master of Divinity, Bible College of Malaysia

Andrew Lim

  • ATCL, Trinity College of London; 
  • Bachelor of Art (Music), National Taiwan Normal University, Taiwan
  • Master of Church Music Ministries, Singapore Bible College, Singapore
  • Master of Theology, Alliance Bible Seminary, Hong Kong

Avis Ng

  • Bachelor of Science in Psychology, Bemidji State Uni (USA)
  • Master of Counseling, University Malaya (Malaysia) 
  • Brainspotting Practitioner (USA)

Dr. Chen Chee Way

  • Diploma of Theology, Bible College of Malaysia
    Bachelor of Theology, Malaysia Bible Seminary
  • Master of Divinity, China Evangelical Seminary, Taiwan
  • Doctor of Ministry, Logos Evangelical Seminary, California

Dr. Eva Wong

  • Bachelor of Arts, University of Malaya
  • Master of Divinity, Bible College of Malaysia
  • Doctor of Philosophy (PhD), Oxford Centre for Mission Studies

Rasit Anak Unyu

  • Bachelor of Business Management (Marketing), Universiti Teknologi Mara
  • Bachelor of Theology, Bible College of Malaysia
  • ​Master of ​Theology, Seko​lah Tinggi Teologi Intheos

Sharon Lye

  • Diploma of Theology, Bible College of Malaysia
  • Bachelor of Theology, Malaysia Bible Seminary
  • Master of Divinity, China Evangelical Seminary, Taiwan
thomas pang

Thomas Pang

  • Bachelor of Psychology, HELP University
  • Master of Counseling, HELP University
Victor Lee

Dr. Victor Lee

  • Diploma in Counseling Studies, Bible College of Malaysia
  • Bachelor of Theology, Bible College of Malaysia
  • Master of Theology, Trinity Theological College, Singapore
  • Doctor of Philosophy (PhD), University of Aberdeen, Scotland

Wendy Ching

  • Diploma of Theology, Assemblies of God Bible College, Singapore
  • Bachelor of Ministry, Garden City School of Ministries, Australia
  • Master of Divinity, Asian Theological Seminary, Philippines
  • Master of Theology, Regent College, Canada

Pensyarah Jemputan

Alvin Teoh – Counseling / Psychology
Anne Tan – Children’s Ministry
Annie Tan Yan Leng – Counseling / Psychology
Dr Anthony Loke Yin-Fai – Old Testament
Dr Berdine van den Toren – Principles of Teaching
Calvin Lee – Organizational Behavior
Dr Chan NamChen – Missions
Cheah Lay Lin – Grief and Loss
Dr Chew Weng Chee – Leadership
Dr Christopher Pak – Pastoral Ministry
Chu Ooi Lin – Children’s Ministry
Dato Dr Daniel Ho – Leadership
Deborah Lee Song Mei – Counseling / Psychology
Donald Lim – Leadership
Dr Edmound Teo – Leadership
Eric Lau – Leadership
Dr Galen Hertweck – 1 Corinthians
Hank Chang – Leadership
Dr Hans Fung – Leadership
Dr Jacqueline Grey – Old Testament
Jessen Yeoh – Leadership
Jose Philip – Apologetics, New Testament
Dr KC Chew – Leadership

Lee Sook Huey – Child & Adolescent Issues
Dr Leon Lim – Theology, Worship
Rebecca Chong – Counseling / Psychology
Dr Lim Kar Yong – New Testament
Dr Lisa Lamb – Homiletics
Lynda Choi – Spiritual Formation
Ng Hwai Chan – Human Development
Ng Kok Kee – New Testament
Dr Ng Tjoh Dju – Principles of Teaching
Pax Tan – Missions, Counseling / Psychology
Poh Siew Lin – Counseling / Psychology
Richard Lamb – Leadership
Dr Roger D. Cotton – Leviticus
Ronnie Chin Choong Tet – Homiletics
Dr Samuel Ng – Family Life, Church & Law
Sarah Imogene Burton – Trauma Counseling
Dr Simon Chan – Theology
Dr Simon Cheong – Homiletics, Pneumatology
Sophia Tan Luang Keng – Counseling / Psychology
Dr Tan Sooi Ling – Religions & Cults
Wong Lee Sin – Counseling / Psychology
Wong Yin Ming – Evangelistic Preaching, Church & Law
Yee Tham Wan – Pneumatology

Kakitangan Pentadbiran

Annabelle Leong

Annabelle Leong

Pembantu Pentadbiran

Chen Yi Xin 1

Chen Yi Xin

Pembantu Pentadbiran

Chew Ren Ai

Pembantu Pustakawan

Donny Tan

Pengurus Operasi

Jessie Leong Su Peng

Setiausaha Sulit Pejabat Presiden

Liew Szu Yee

Pustakawan

May Ong

Pengarah Program Pendidikan Jarak Jauh dan Pengarah Program Global University; Pengurus Kewangan

Mint Tang

Pembantu Pentadbiran

Nelson Lim

Pegawai Akaun & Pentadbiran

Stephanie Loo

Pendaftar

Tee Yie Shien

Penolong Pegawai Operasi

Yew Tek Wooi

Pembantu Pentadbiran

Select the fields to be shown. Others will be hidden. Drag and drop to rearrange the order.
  • Image
  • SKU
  • Rating
  • Price
  • Stock
  • Availability
  • Add to cart
  • Penerangan
  • Content
  • Weight
  • Dimensions
  • Additional information
Click outside to hide the comparison bar
Compare

Kenyataan Iman

Kolej Bible Malaysia berpegang pada Kenyataan Iman (Statement of Truths) yang dipegang oleh the Assemblies of God seperti yang berikut: 

Kami percaya

bahawa Alkitab adalah Firman Tuhan yang diilhamkan, sebagai aturan yang sempurna bagi iman dan tingkah laku semua manusia.

bahawa Tuhan itu Esa, maha wujud di dalam tiga Peribadi–Bapa, Anak, dan Roh Kudus.

tentang Keilahian Tuhan kita Yesus Kristus, tentang kelahiran-Nya melalui seorang perawan, tentang kehidupan-Nya yang tidak berdosa, tentang mukjizat-Nya, tentang kematian-Nya yang mewakili manusia dan menebus dosa kita, tentang kebangkitan tubuh-Nya dari maut, tentang kenaikan-Nya ke sebelah kanan Bapa, dan tentang kedatangan-Nya kembali ke dunia pada masa hadapan secara kelihatan untuk memerintah selama seribu tahun.

tentang pengangkatan Gereja pada waktu kedatangan Kristus ke dunia; inilah harapan bahagia bagi semua orang beriman.

bahawa “sebagaimana dosa memasuki dunia ini melalui seorang manusia, dan dengan demikian kematian menimpa semua manusia, kerana semuanya berdosa.”

bahawa satu-satunya cara untuk diselamatkan daripada dosa adalah melalui pertaubatan dan iman di dalam kuasa darah Kristus yang menyucikan.

bahawa regenerasi oleh Roh Kudus adalah sangat penting bagi keselamatan peribadi.

bahawa melalui kematian Kristus di kayu Salib, penyembuhan bagi tubuh manusia tersedia sebagai jawapan kepada iman dan doa.

tentang baptisan dalam Roh Kudus menurut Kisah Rasul 2:4, yang boleh diterima oleh semua orang percaya untuk kehidupan dan pelayanan yang berkesan.

tentang kuasa pengudusan Roh Kudus yang mendiami orang Kristian untuk memampukan mereka menjalani kehidupan yang kudus.

tentang kebangkitan tubuh orang-orang yang diselamatkan dan yang terhilang, yang satu kepada kehidupan kekal dan yang satu lagi kepada hukuman kekal.

Sejarah Kolej Alkitab Malaysia

BCM telah dimulakan oleh mubaligh Amerika, Delmer dan Eleanor Guynes, yang dihantar ke Malaysia untuk melakukan pekerjaan Tuhan pada tahun 1950-an. Ia pertama kali dinamakan Institut Alkitab Malaya, kolej ini dibuka secara rasmi pada tahun 1960. Pada tahun 1962, kumpulan pertama pelajar yang terdiri daripada empat orang lelaki dan tiga orang wanita menjadi graduan pertama.

Sebagai sebuah institusi pendidikan, misi utama BCM adalah untuk memperlengkapi dan menyediakan latihan holistik kepada orang-orang yang dipanggil melayani Tuhan supaya mereka menyebarkan injil Tuhan kita dengan berkesan dengan kurnia-kurnia yang diberikan Tuhan kepada mereka—di Malaysia dan di luar negara.

Pada tahun 1982, kolej ini telah diberi nama baru iaitu Bible College of Malaysia dengan penawaran program Sarjana Muda Teologi. Disebabkan wujudnya keperluan bagi lebih ramai pemimpin Kristian awam, Sijil Pengajian Alkitab telah diperkenalkan pada tahun 1986. Dengan meningkatnya permintaan untuk pendidikan Kristian di peringkat tinggi, serangkaian program Sarjana telah diperkenalkan pada tahun 2004.

Pada mulanya, semua program dijalankan dalam Bahasa Inggeris. Antara tahun 1968 dan 1972, di bawah kepimpinan Rev David dan Alice Nyien, beberapa program tertentu telah ditawarkan dalam Bahasa Cina. Pada tahun 1980, sebuah fakulti penuh berbahasa Cina telah ditubuhkan. Pada hari ini, fakulti Bahasa Cina menawarkan serangkaian penuh pengajian daripada program Sarjana Muda, Sarjana kepada program Kaunseling. 

Dengan lokasinya yang strategik di Malaysia, tumpuan utama BCM adalah untuk memperlengkapi lebih ramai penutur bahasa tempatan. Memandangkan timbulnya tersebut, Rev Peter Wong, Rev Ng Kok Kee dan Rev Wendy Ching telah menubuhkan fakulti Bahasa Malaysia pada tahun 2003. Fakulti ini menawarkan Diploma Teologi dan kemudiannya, Sarjana Muda Teologi. 

Tenaga pengajar kami yang berpengalaman dan yang prihatin datang dari pelbagai latar belakang pelayanan dan pekerjaan misi. Bukan kepakaran akademik mereka sahaja yang akan mengembangkan dan memperdalam pengetahuan serta pemikiran alkitabiah anda, tetapi pengalaman mereka di lapangan memberikan penerapan praktikal bagi pembelajaran yang holistik. Lihat Ahli-ahli Akademik kami.

Sejak 60 tahun penubuhannya, BCM telah melatih lebih daripada 1000 orang yang bekerja untuk Kristus. Dalam kalangan tersebut adalah 700 orang pendeta sepenuh masa, 200 orang pastor dwi-kerjaya atau pemimpin awam yang bekerja di luar gereja, 14 orang misionari, 9 orang pekerja institusi separa-gereja, 31 orang pekerja khidmat sosial dan 5 orang penginjil. 

Dengan memanfaatkan rangkaian dan ekosistem yang kukuh di BCM, beberapa orang alumni merupakan pengkhutbah keliling. Di kalangan mereka yang dilatih di BCM, ramai yang telah pergi untuk memenuhi panggilan mereka di pelbagai tempat di dunia; di Singapura, Thailand, Filipina, Kemboja, Indonesia, Bangladesh, Jepun, China, Hong Kong, Amerika Syarikat, Kanada, New Zealand, Australia, Afrika dan United Kingdom.

Graduan BCM dipandang tinggi dalam komuniti Kristian. Mereka bekerja di seluruh negara dan di luar negara sebagai pastor gereja, misionari, dalam pelayanan di universiti dan organisasi separa-gereja, atau kembali menjadi tenaga kerja bagi mendapatkan peluang-peluang pelayanan dan mereka lebih terlatih untuk melayani di gereja tempatan.