Kemudahan
November 4, 2022 2024-10-24 13:04Facilities
Kampus BCM
Kampus BCM memiliki empat buah bangunan utama:
- Sayap pentadbiran utama menempatkan pejabat-pejabat, gereja kecil (chapel), bilik-bilik kuliah, dan ruang makan.
- Asrama menyediakan tempat tinggal untuk pelajar sepenuh masa serta ahli fakulti dan kakitangan yang menetap di BCM. Maklumat lanjut..
- Perpustakaan BCM memuatkan 24,320 buah judul buku dalam Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan Bahasa Malaysia. Kesemuanya boleh dicari melalui sistem katalog dalam talian. Ia juga memiliki ATLA Religion Database bersama dengan ATLA Serials. Maklumat lanjut..
- Sebuah Auditorium bergaya teater yang berkapasiti 650 orang.
Adakah anda sedang mencari tempat untuk mengadakan acara, atau penginapan jangka pendek yang menawarkan harga berpatutan di PJ? Di bawah ini adalah senarai kemudahan kami yang tersedia untuk disewa.
Auditorium BCM
Auditorium moden dua tingkat yang sesuai bagi mengadakan majlis perkahwinan dan kebaktian besar. Kapasiti tempat duduk: 630
4 jam: RM4,000
8 jam: RM6,000
Juruteknik AV: RM50/seorang/jam
*Kadar sewa adalah termasuk satu sesi latihan (2 jam)
Chapel (Gereja Kecil)
Ruang serba lengkap yang direka untuk mengadakan kebaktian yang lebih kecil. Kapasiti tempat duduk: 120
4 jam: RM2,000
8 jam: RM3,000
Juruteknik AV: RM50/seorang/jam
*Kadar sewa adalah termasuk satu sesi latihan (2 jam)
Bilik Kuliah:
Pilihan yang baik untuk mengadakan latihan, bengkel, dan seminar. Kapasiti tempat duduknya adalah berbeza-beza. Ajukan pertanyaan untuk maklumat lanjut.
2 jam pertama: RM300
Setiap jam berikutnya: RM100/jam
Penginapan
Bilik-bilik dan pangsapuri yang bersih dan selesa di kampus PJ kami yang terletak di tempat strategik berdekatan stesen LRT, pusat membeli-belah, medan makanan yang sedap dan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM)
Bilik (Single) + Bilik Mandi: RM80/malam
Bilik (Single) + Bilik Mandi Berkongsi: RM50/malam
Bilik (Twin) + Bilik Mandi: RM120/malam
Bilik (Twin) + Bilik Mandi Berkongsi: RM90/malam
Pangsapuri 1 (sehingga 4 orang tetamu): RM220/malam
Pangsapuri 2 (sehingga 3 orang tetamu): RM220/malam
*Tilam tambahan adalah tertakluk pada ketersediaan
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Jessie Leong melalui Whatsapp di +6012 686 3602
Perpustakaan
Ini BCM terletak di lapangan kampus Kolej Alkitab Malaysia, dan wujud untuk:
- Menyokong keperluan-keperluan pengajaran dan penyelidikan bagi ahli fakulti dan kakitangan BCM;
- Menyediakan akses bagi memudahkan dan memberikan sokongan sewajarnya terhadap misi BCM mempersiapkan kehidupan bagi pelayanan;
- Menyediakan sumber-sumber bibliografi yang diperlukan, perkhidmatan penyelidikan dan persekitaran pengajian dalam melatih orang-orang percaya bagi pelayanan Kristian.
SEWAKTU TRIMESTER
SEMASA CUTI TRIMESTER
** Perpustakaan ditutup pada hari Sabtu, Ahad dan cuti umum.
** Sila ambil perhatian bahawa perpustakaan HANYA akan dibuka apabila ada temujanji pada hari Rabu antara jam 7–9 malam. “Walk-in” tidak dibenarkan kerana perpustakaan akan ditutup jika tiada temujanji. Sila buat tempahan temujanji anda sekurang-kurangnya sehari lebih awal.
Untuk membuat temu janji (sehari lebih awal) dan untuk sebarang pertanyaan, sila tulis e-mel kepada kakitangan perpustakaan di: bcmlibrary1960@gmail.com atau renai.chew@gmail.com..
Bayaran deposit sebanyak RM100 akan dikenakan bagi semua permohonan keahlian baharu.
Jenis Keahlian | Dengan akses kepada ATLA Religion Database bersama ATLA Serials (5 buah buku dalam masa 4 bulan) | Dengan akses kepada ATLA Religion Database bersama ATLA Serials (5 buah buku dalam masa 4 bulan) |
---|---|---|
Persekutuan Alumni | RM35 bagi 4 bulan atau RM105 bagi 1 tahun | RM150 |
Ahli Bersekutu | RM40 bagi 4 bulan atau RM120 bagi 1 tahun | RM150 |
Dengan akses kepada ATLA Religion Database bersama ATLA Serials (10 buah buku dalam masa 4 bulan) |
||
Pelajar AGST | RM 80 (bagi keahlian penuh, jika bukan, rujuk kepada keahlian Bersekutu) |
Syarat-syarat Peminjaman
- Jumlah buku yang dibenarkan untuk dipinjam bergantung pada jenis keahlian anda (sila rujuk jadual di atas untuk maklumat lanjut)
- Semua buku boleh dipinjam selama dua (2) minggu.
- Buku yang belum dipulangkan selepas dua minggu akan dikenakan denda sebanyak RM0.50 sehari bagi setiap buku, termasuk hujung minggu dan cuti umum. Bagi buku di bawah kategori Quarter Reserved, bayaran denda adalah sebanyak RM3 sehari bagi setiap buku.
- Buku yang hilang akan dikenakan denda yang bersamaan dengan kos semasa buku tersebut bersama-sama dengan bayaran pemprosesan sebanyak RM10 serta sebarang bayaran denda lewat.
- Buku yang dipulangkan dalam keadaan rosak akan dikenakan bayaran kos pembaikan atau penggantian jika perlu.
- Keistimewaan keahlian tidak boleh dipindah milik. Semua transaksi harus dilakukan secara bersemuka.
- Peminjaman buku boleh diperbaharui jika ia belum ditempah.
- Anda tidak dibenarkan memperbaharui pinjaman atau meminjam buku baru jika terdapat buku yang belum anda kembalikan sehinggalah anda membayar sebarang denda lewat dan memulangkan buku yang dipinjam.
- Pustakawan boleh menarik balik buku yang telah dipinjam pada bila-bila masa.
- Ahli-ahli perpustakaan mestilah mematuhi semua peraturan Perpustakaan BCM yang sedia ada, dan peraturan tersebut boleh dikemaskini dari semasa ke semasa.
Penarikan Keahlian
Keahlian boleh ditarik balik daripada mana-mana ahli sekiranya dia:
- Gagal membuat pembayaran sewajarnya atau menggantikan bahan-bahan yang rosak/hilang atau enggan memulangkan buku yang tamat tempoh peminjaman walaupun telah berulang kali diberi peringatan oleh Pustakawan.
- Gagal mematuhi peraturan dan ketetapan Perpustakaan BCM. Tindakan disiplin boleh diambil oleh pihak Perpustakaan dan boleh berkuat kuasa serta-merta.
Perpustakaan BCM ditubuhkan untuk kegunaan pelajar, ahli fakulti, kakitangan, ahli alumni, dan ahli bersekutu. Semua ahli hendaklah mematuhi peraturan dan ketetapan di berikut:
Peraturan Umum
- Keadaan senyap harus dikekalkan sepanjang masa di dalam perpustakaan.
- Tidak dibenarkan membawa makanan dan minuman ke DALAM perpustakaan kecuali air kosong.
- Beg, topi keledar dan barangan lain hendaklah diletakkan dalam rak di kaunter.
- Telefon bimbit harus dimatikan atau disetkan kepada mod senyap.
- Sebarang panggilan masuk atau keluar harus diterima/dibuat DI LUAR perpustakaan.
- Semua penyusunan buku di atas rak hanya dilakukan oleh kakitangan perpustakaan.
- Tinggalkan semua buku pada troli buku selepas digunakan di bahagian masing-masing.
- Pengunjung hendaklah memakai pakaian yang sesuai semasa memasuki perpustakaan. Seluar pendek dan baju tanpa kolar tidak boleh dipakai di dalam perpustakaan.
Peraturan Peminjaman
- Seorang pelajar boleh meminjam sehingga 10 buah buku pada satu-satu masa, termasuk maksimum dua (2) buah buku yang telah ditempah untuk pinjaman.
- Bagi pelajar bukan sepenuh masa, keistimewaan meminjam hanya diberikan dalam tempoh penggal pengajian.
- Bagi ahli-ahli lain, sila rujuk syarat peminjaman seperti yang dinyatakan dalam borang permohonan keahlian.
- Kad perpustakaan anda hendaklah ditunjukkan (ahli bersekutu)/Nombor Pengenalan Pelajar hendaklah dinyatakan (pelajar/ alumni) bagi setiap transaksi kecuali semasa memulangkan buku.
- Semua buku hendaklah didaftar keluar (check out) secara bersemuka.
- Buku boleh dipinjam selama dua (2) minggu dan peminjaman boleh diperbaharui jika buku tersebut tidak ditahan/ditempah.
- Pembaharuan/peminjaman buku tidak dibenarkan jika terdapat buku yang belum dikembalikan selepas tamat tempoh peminjaman sehinggalah pengguna tersebut membayar denda lewat dan memulangkan buku yang sudah tamat tempoh.
- Keistimewaan meminjam buku tidak boleh dipindah milik.
- Buku Rujukan dan Terbitan Berkala hanya boleh digunakan di Perpustakaan sahaja.
- Buku yang ditempah untuk pinjaman boleh dipinjam selama tempoh yang tercatat di pelekat pada tulang belakang buku tersebut.
- Pustakawan berhak untuk mendapatkan semula mana-mana buku yang telah didaftar keluar oleh pengguna. Sekiranya ia berlaku, Pustakawan akan menelefon atau mengeluarkan notis, dan peminjam mesti memulangkan buku tersebut dalam masa 48 jam.
MENEMPAH BUKU-BUKU YANG TELAH DIPINJAM
- Permohonan untuk menempah peminjaman buku hanya terpakai untuk buku yang telah dipinjam.
- Permohonan untuk menempah buku hanya boleh dilakukan di perpustakaan dengan mengisi borang di kaunter perpustakaan.
- Setelah buku tersebut dikembalikan ke perpustakaan, Pustakawan akan menghantar pemberitahuan kepada pemohon bagi mengambil buku tersebut.
- Tempahan buku akan dibatalkan 2 hari selepas pemberitahuan jika ia tidak dipinjam.
DENDA
- Bayaran denda pemulangan lewat bagi buku-buku biasa adalah RM0.50 bagi setiap buku termasuk waktu hujung minggu dan cuti umum.
- Bayaran denda pemulangan lewat bagi buku yang ditempah adalah RM3 sehari bagi setiap buku termasuk waktu hujung minggu dan cuti umum.
- Buku yang hilang akan dikenakan denda yang bersamaan dengan kos pembelian semasa buku tersebut berserta dengan bayaran pemprosesan sebanyak RM10 serta sebarang bayaran denda lewat.
- Buku yang dipulangkan dalam keadaan rosak akan dikenakan bayaran kos pembaikan atau penggantian jika perlu.
- Denda harus dibayar sebelum peminjaman seterusnya dibenarkan.
Penting: Pendaftaran untuk trimester seterusnya atau pengijazahan pelajar adalah tertakluk kepada penyelesaian semua bayaran tertunggak kepada Perpustakaan.
PETI PEMULANGAN BUKU (DROP BOX)
- Pengguna boleh memulangkan buku yang belum tamat tempoh peminjaman melalui peti pemulangan (drop-box). Buku yang sudah tamat tempoh peminjaman mesti dipulangkan di kaunter berserta dengan bayaran denda lewat dan bukan melalui peti pemulangan. Buku yang sudah tamat tempoh tetapi dipulangkan melalui peti pemulangan akan dikenakan denda dua kali ganda berbanding kadar biasa.
- Perpustakaan ditutup pada pukul 1 petang pada Hari Jumaat sewaktu trimester. Buku yang tamat tempoh peminjaman pada Hari Jumaat tetapi dikembalikan melalui peti pemulangan pada hujung minggu akan dikenakan denda.
DISIPLIN
- Pengguna akan kehilangan keistimewaan menggunakan perpustakaan jika mereka didapati sengaja menimbulkan masalah atau membuat bising di Perpustakaan.
- Membawa keluar apa-apa barangan tanpa kebenaran Pustakawan merupakan satu kesalahan serius dan boleh dikenakan tindakan tatatertib.
- Membawa keluar apa-apa barangan tanpa kebenaran Pustakawan merupakan satu kesalahan serius dan boleh dikenakan tindakan tatatertib.
Alumni BCM diberi keistimewaan untuk menggunakan Perpustakaan bagi menjalankan kajian dan penyelidikan. Permohonan untuk menjadi ahli perlu dibuat untuk mendapatkan keistimewaan meminjam.
PENGUNJUNG yang ingin menggunakan kemudahan perpustakaan hendaklah menulis surat secara rasmi bagi menerangkan tujuan dan tempoh penggunaan. Semua permintaan adalah tertakluk kepada kelulusan Dekan Akademik.