Lembaga Pengarah & Tadbir Urus
November 3, 2022 2023-01-30 11:37Governance & Affiliation
Catatan Dari Presiden
Selamat datang ke Kolej Alkitab Malaysia!
Inilah tempat di mana para pelayan dan pemimpin Kristian dilatih dan dibentuk. Kami sangat berbesar hati untuk menjadi sebahagian daripada gerakan untuk membangkitkan hamba-hamba Tuhan yang seperti Kristus bagi memenuhi panggilanNya dalam hidup mereka. Saya berharap anda akan menangkap visi BCM dan berjalan bersama kami untuk meluaskan KerajaanNya.
Walaupun ada banyak perkara yang kami syukuri sejak enam dekad penubuhan BCM, kami memandang ke masa hadapan untuk meningkatkan dampak pelayanan. Izinkan saya berkongsi empat inisiatif yang kami harap dapat dicapai dalam tempoh lima tahun yang akan datang supaya anda lebih memahami aspirasi BCM bagi masa hadapan. Kami berharap untuk:
- Meluaskan dampak pelayanan kami: BCM memainkan peranan penting dalam memperlengkapi para pelayan gereja agar pelayanan mereka berkesan. Matlamat kami adalah untuk melatih lebih ramai pelajar untuk memenuhi keperluan-keperluan di gereja dan masyarakat tempatan. Pada masa ini, kami ada 700 orang pelajar dan berharap untuk mengembangkannya kepada 800 orang dalam masa terdekat.
- Mengembangkan Pasukan kami: Untuk menyediakan latihan yang komprehensif dan mantap bagi para pelajar, kami memerlukan sepasukan ahli fakulti dengan pelbagai kepakaran. Pada masa ini, ada tiga orang ahli fakulti kami yang mengikuti pengajian pasca siswazah. Kami bercadang untuk mengambil tiga orang lagi pensyarah.
- Mengembangkan Kemudahan Fizikal kami: Kemudahan yang sedia ada tidak mencukupi bagi program latihan semasa kami. Perpustakaan dan pejabat kami sudah tidak dapat lagi menampung keperluan semasa dan kami juga memerlukan dewan kuliah yang lebih besar untuk mengadakan seminar dan acara tertentu. Kemudahan penginapan untuk pelajar dari luar kawasan dan pensyarah jemputan juga diperlukan. Dua buah blok bangunan yang baru kini sedang dibina untuk memenuhi keperluan ini.
- Mendukung Pelayanan kami: Sebagai instituti keagamaan yang bukan mencari keuntungan, pendapatan BCM diperolehi terutamanya daripada yuran pelajar, pemberian dari gereja-gereja dan penderma individu. Kami berikhtiar untuk membina kedudukan kewangan yang lebih kukuh sekurang-kurangnya untuk satu tahun melalui Program Endowmen bagi memastikan kemampanan pelayanan kami.
Ayuh, jadilah sebahagian daripada pekerjaan Tuhan di dalam dan melalui BCM. Kita dapat mencapai matlamat ini dengan bantuan dan sokongan anda.
Pertama, pertimbangkanlah untuk mengambil kursus di BCM dan menjalani program pengajian kami. Kami mempunyai program-program berlainan untuk memperlengkapi para pastor, para kaunselor dalam pelayanan Kristian dan para pemimpin awam gereja.
Kedua, kami menjemput anda untuk menyokong inisiatif kami melalui sumbangan kewangan. Kemurahan hati gereja-gereja dan para penderma individu telah membolehkan kami menawarkan program pengajian pada harga yang terjangkau kepada pelajar. Kami juga sedang menaik taraf kampus kami, dan pembinaan dua buah blok bangunan yang baru dianggarkan memakan kos sebanyak RM13 juta.
Ketiga, doronglah para pemimpin muda anda yang melayani dalam Gereja untuk diperlengkapi. Tuhan akan terus mengangkat para pemimpin Kristian untuk menjadi garam dan cahaya dunia dan untuk memimpin umat Tuhan di negara kita. Kami berada di sini untuk menyokong gereja-gereja tempatan, dan misi kami adalah untuk mempersiapkan kehidupan bagi pelayanan.
Semoga Tuhan memberkati dan memeliharamu. Semoga anda dicabar untuk terus mengorak langkah iman dalam berjalan bersama Tuhan. Marilah kita berganding tangan bersama Tuhan untuk menjalankan misi yang telah Dia berikan kepada kita.
AKREDITASI
BCM menerima akreditasi daripada Asia Theological Association (ATA) pada tahun 1989. Program pengajian Diploma Teologi (Bahasa Inggeris, Cina, BM), Sarjana Muda Teologi (Bahasa Inggeris, Cina dan BM), Sarjana Pelayanan (Bahasa Inggeris dan Cina) dan Sarjana Divinity (Bahasa Inggeris) diakreditasi oleh Asia Theological Association.
Semua program pengajian semasa di BCM bergerak ke arah akreditasi melalui penyiapan salah satu daripada empat program berikut (lihat jalur di bawah).
Ini bermaksud, kredit boleh dipindahkan jika anda ingin belajar di mana-mana institusi pendidikan yang berada di bawah Malaysia Association of Theological Schools. Ini termasuk:
TADBIR URUS
BCM dimiliki sepenuhnya oleh Majlis Umum Assemblies of God of Malaysia. Ia ditadbir oleh sebuah Lembaga Pengarah: dua orang wakil yang dilantik oleh Jawatankuasa Eksekutif (EXCO) Assemblies of God Malaysia daripada kalangan ahli-ahli EXCO; seorang wakil (bukan ahli EXCO) yang dilantik oleh EXCO; dua orang yang dilantik oleh Lembaga Pengarah; dan Presiden bagi Persatuan Alumni.
LEMBAGA PENGARAH
Rev. Lawrence Yap
Pengerusi
Ahli Jawatankuasa Eksekutif
Assemblies of God of Malaysia
Senior Pastor, Charis Christian Centre
Rev. Dr. Victor Lee
Presiden
Bible College of Malaysia
Rev. Wong Yin Ming
Setiausaha
Ahli Jawatankuasa Eksekutif
Assemblies of God of Malaysia
Senior Pastor
Subang Jaya Assembly of God
Rev. Ong Bee Leng
Presiden Alumni
Persekutuan Alumni BCM
Rev. Paulus Wong
Pastor Pengendali
Agape Community Center Seremban 2 (A/G)
Rev. Marcus Tan
Pastor Kanan
Penang First Assembly of God (E)
Mr Rajen Devadason, CFP
Ketua Pegawai Eksekutif
RD WealthCreation Sdn Bhd