Diploma Siswazah Pengajian Alkitab (Graduate Diploma of Biblical Studies; GDBS)
Tentang Kursus Ini
Kredit yang Diperlukan: 36
Diploma Siswazah Pengajian Alkitab menyediakan latihan komprehensif bagi memperdalamkan pemahaman tentang Kitab Suci dan kemahiran pelayanan. Ia direka bagi mereka yang memegang ijazah Sarjana Muda atau yang setaraf dengannya daripada institusi yang bertauliah.
Pelajar yang telah melengkapkan 18 jam kredit dalam Sijil Siswazah Pengajian Alkitab boleh memindahkan 18 jam kredit mereka ke dalam program ini sehingga mereka berjaya mengumpulkan sejumlah 36 jam kredit untuk menamatkan pengajian dengan Diploma Siswazah Pengajian Alkitab.
Anggaran Bayaran Kuliah: RM5,760
TINJAUAN PROGRAM
Kursus-kursus Teras (27 jam kredit) | Kredit |
---|---|
Pengantar Perjanjian Lama (PL) | 3 |
Pengantar Perjanjian Baru (PB) | 3 |
Dasar-dasar Pentakosta* | 3 |
Pembentukan Rohani | 3 |
Penulisan Penyelidikan Teologi | 3 |
Kursus-kursus Terfokus/Tumpuan: 12 kredit | |
Kursus Teologi | 3 |
Kitab PL | 3 |
Kitab PB | 3 |
Kursus Pelayanan | 3 |
Elektif Bebas | 9 |
*Dasar-dasar Pentakosta boleh digantikan dengan kursus teologi yang lain bagi pelajar yang bukan dari denominasi Assemblies of God.
Nota: Modul Program adalah tertakluk kepada perubahan.