Diploma Kaunseling Pelayanan (Diploma of Ministerial Counseling)
Tentang Kursus Ini
Kredit yang Diperlukan untuk Pengijazahan: 30
Program kaunseling di BCM direka untuk memperlengkapi para pekerja, pemimpin Kristian dan pastor untuk menjadi kaunselor yang efektif dengan menyepadukan kepercayaan Kristian dengan pertumbuhan peribadi dan pembangunan profesional.
Diploma Kaunseling Pelayanan menggabungkan renungan yang berbentuk teori, pemahaman tentang isu-isu dan kemahiran kaunseling yang praktikal, pemahaman tentang diri, proses-prises kumpulan dan renungan teologi.
- 10 buah modul (30 jam kredit)
- Program selama 2 tahun
- Setiap modul dijadualkan dalam blok dua minggu. Kelas-kelas diadakan pada hari Isnin hingga Jumaat dari jam 7:00–10:30 malam.
Anggaran Bayaran Kuliah: RM4,500
TINJAUAN PROGRAM
Kursus-kursus Teras (18 jam kredit) | |
---|---|
Kisah Insan & Peribadi Kaunselor (Human Story & the Person of the Counselor) | 3 |
Pengenalan kepada Pembangunan Insan (Introduction to Human Development) | 3 |
Kemahiran Asas Kaunseling | 3 |
Teori-teori Kaunseling | 3 |
Psikoterapi (Prasyarat: Kisah Insan ATAU Kemahiran Asas Kaunseling) | 3 |
Praktikum Kaunseling 1 | 3 |
Elektif (12 jam kredit) | |
4 buah Elektif Kaunseling | 12 |
Nota: Modul Program adalah tertakluk kepada perubahan.
NOTIS KEMASUKAN
- Pemohon harus menunjukkan bukti kematangan Kristian untuk menyertai program ini.
- Surat sokongan daripada pastor atau penatua gereja yang dihadiri oleh pemohon diperlukan.