Sarjana Kaunseling Pelayanan (Master of Ministerial Counseling)
Tentang Kursus Ini
Kredit yang Diperlukan untuk Pengijazahan: 60
Kursus ini direka dengan tumpuan khusus untuk memperlengkapi pelajar dengan pengetahuan serta penerapan kemahiran kaunseling bagi pelayanan di gereja atau di pusat kaunseling Kristian. Program ini adalah unik di mana ia menyepadukan amalan kaunseling klinikal dengan asas-asas teologi Kristian, menangani isu-isu kesihatan tingkah laku individu, pasangan, keluarga, dan kumpulan.
- 20 buah modul (60 jam kredit)
- Setiap modul dijadualkan selama 5–10 minggu. Kelas-kelas diadakan pada hari Isnin hingga Jumaat dari jam 7:00–10:30 malam atau pada pagi hari Sabtu.
- Sebanyak 80% kerja kursus tersedia dalam format gabungan dalam talian (hybrid online format).
Program ini bukan ijazah perlesenan Malaysia, nevertheless graduates of this program will undergo practicum as well as internship, supervised by qualified, experienced counselors and mental health professionals to serve effectively for God’s Kingdom.
Anggaran Bayaran Kuliah: RM11,000
TINJAUAN PROGRAM
Kursus-kursus Teras (48 jam kredit) | Kredit |
---|---|
Kemahiran Asas Kaunseling* | 3 |
Teori-teori Kaunseling * | 3 |
Etika Kaunseling* | 3 |
Personaliti Manusia* | 3 |
Kaedah Penyelidikan | 3 |
Pengantar Perjanjian Lama | 3 |
Pengantar Perjanjian Baru | 3 |
Kristus & Keselamatan | 3 |
Pembentukan Rohani | 3 |
Kaunseling Pasangan & Perkahwinan | 3 |
Kaunseling Keluarga | 3 |
Praktikum Kaunseling I | 3 |
Praktikum Kaunseling II | 3 |
Latihan Praktikal (Internship) | 3 |
Kertas Penyelidikan (Research Paper) | 6 |
Kursus-kursus Terfokus/Tumpuan (9 jam kredit) Pelajar perlu menyelesaikan mana-mana 3 buah kursus di bawah | |
Terapi Kebenaran Alkitabiah (Biblical Truth Therapy) | 3 |
Proses-proses Kumpulan dan Kaunseling (Group Processes and Counseling) | 3 |
Crisis Counseling | 3 |
Isu-isu Utama dalam Kaunseling (Major Issues in Counseling) | 3 |
Psikoterapi | 3 |
Pengenalan kepada Psikologi | 3 |
Kaunseling Trauma Bermaklumat (Trauma Informed Counseling) | 3 |
<>Elektif (3 jam kredit) | |
Teologi Kerja dan Kerjaya | 3 |
Nota: Modul Program adalah tertakluk kepada perubahan.
*Jika sebelum ini anda telah mengambil subjek ini, ia boleh digantikan dengan subjek elektif kaunseling yang lain.
NOTIS KEMASUKAN
- Pemohon hendaklah memiliki ijazah Sarjana Muda dalam apa jua bidang.
- Penglibatan aktif dalam gereja dan kematangan rohani merupakan prasyarat bagi menyertai program ini.
- Surat sokongan daripada pastor atau penatua gereja yang dihadiri oleh pemohon diperlukan.