Sarjana Pengajian Alkitab (Master of Biblical Studies; MBS)

Terence
Kemas Kini Julai 4, 2024
0 already enrolled

Tentang Kursus Ini

Kredit yang Diperlukan untuk Pengijazahan: 63 

Sarjana Pengajian Alkitab direka untuk menyediakan pendidikan teologi siswazah bagi mereka yang ingin memperdalamkan pengetahuan Alkitab bagi memperkayakan keberkesanan pelayanan mereka dan kehidupan Kristian secara peribadi.

Anggaran Bayaran Kuliah: RM10,080

TINJAUAN PROGRAM

Kursus-kursus Teras (39 jam kredit)Kredit
Pengantar Perjanjian Lama (PL)3
Pengantar Perjanjian Baru (PB)
3
Dasar-dasar Pentakosta*
3
Tuhan, Wahyu & Manusia
3
Kristus & Keselamatan ATAU Gereja & Tanda Akhir Zaman
3
Pneumatologi
3
Pembentukan Rohani
3
Hermeneutik PL
3
Hermeneutik PB
3
Homiletik
3
Pelayanan Pastoral ATAU Prinsip & Kaedah Pendidikan (Educational Principles & Methods)
3
Penulisan Penyelidikan Teologi
3
Pendidikan Lapangan (Field Education)
3
Kursus-kursus Terfokus/Tumpuan (18 jam kredit)
Pengantar Bahasa Yunani PB ATAU Pengantar Bahasa Ibrani Alkitab3
Tanah-tanah & Kebudayaan Alkitab (Bible Lands & Culture)

3
Kitab PL 1 3
Kitab PL 2 3
Kitab PB 1 3
Kitab PB 23
Elektif (6 jam kredit)6

*Dasar-dasar Pentakosta boleh digantikan dengan kursus teologi yang lain bagi pelajar yang bukan dari denominasi Assemblies of God.

Nota: Modul Program adalah tertakluk kepada perubahan. 

Tags

NOTIS KEMASUKAN

  • Pemohon yang berkelulusan ijazah sarjana muda boleh mengambil modul-modul di peringkat siswazah dan setelah menyelesaikannya mereka akan dianugerahkan Sijil Siswazah Pembangunan Kepimpinan.
  • Applicants with a Bachelor of Theology from a recognized institution can complete this program with 36 credits of study.
  • Pelajar Bukan Sepenuh Masa harus menyelesaikan pengajian dalam tempoh 10 tahun. 
$0.00
Tingkat
Ijazah
Bidang Kajian

Bidang Kajian

Select the fields to be shown. Others will be hidden. Drag and drop to rearrange the order.
  • Image
  • SKU
  • Rating
  • Price
  • Stock
  • Availability
  • Add to cart
  • Penerangan
  • Content
  • Weight
  • Dimensions
  • Additional information
Click outside to hide the comparison bar
Compare

Kenyataan Iman

Kolej Bible Malaysia berpegang pada Kenyataan Iman (Statement of Truths) yang dipegang oleh the Assemblies of God seperti yang berikut: 

Kami percaya

bahawa Alkitab adalah Firman Tuhan yang diilhamkan, sebagai aturan yang sempurna bagi iman dan tingkah laku semua manusia.

bahawa Tuhan itu Esa, maha wujud di dalam tiga Peribadi–Bapa, Anak, dan Roh Kudus.

tentang Keilahian Tuhan kita Yesus Kristus, tentang kelahiran-Nya melalui seorang perawan, tentang kehidupan-Nya yang tidak berdosa, tentang mukjizat-Nya, tentang kematian-Nya yang mewakili manusia dan menebus dosa kita, tentang kebangkitan tubuh-Nya dari maut, tentang kenaikan-Nya ke sebelah kanan Bapa, dan tentang kedatangan-Nya kembali ke dunia pada masa hadapan secara kelihatan untuk memerintah selama seribu tahun.

tentang pengangkatan Gereja pada waktu kedatangan Kristus ke dunia; inilah harapan bahagia bagi semua orang beriman.

bahawa “sebagaimana dosa memasuki dunia ini melalui seorang manusia, dan dengan demikian kematian menimpa semua manusia, kerana semuanya berdosa.”

bahawa satu-satunya cara untuk diselamatkan daripada dosa adalah melalui pertaubatan dan iman di dalam kuasa darah Kristus yang menyucikan.

bahawa regenerasi oleh Roh Kudus adalah sangat penting bagi keselamatan peribadi.

bahawa melalui kematian Kristus di kayu Salib, penyembuhan bagi tubuh manusia tersedia sebagai jawapan kepada iman dan doa.

tentang baptisan dalam Roh Kudus menurut Kisah Rasul 2:4, yang boleh diterima oleh semua orang percaya untuk kehidupan dan pelayanan yang berkesan.

tentang kuasa pengudusan Roh Kudus yang mendiami orang Kristian untuk memampukan mereka menjalani kehidupan yang kudus.

tentang kebangkitan tubuh orang-orang yang diselamatkan dan yang terhilang, yang satu kepada kehidupan kekal dan yang satu lagi kepada hukuman kekal.

Sejarah Kolej Alkitab Malaysia

BCM telah dimulakan oleh mubaligh Amerika, Delmer dan Eleanor Guynes, yang dihantar ke Malaysia untuk melakukan pekerjaan Tuhan pada tahun 1950-an. Ia pertama kali dinamakan Institut Alkitab Malaya, kolej ini dibuka secara rasmi pada tahun 1960. Pada tahun 1962, kumpulan pertama pelajar yang terdiri daripada empat orang lelaki dan tiga orang wanita menjadi graduan pertama.

Sebagai sebuah institusi pendidikan, misi utama BCM adalah untuk memperlengkapi dan menyediakan latihan holistik kepada orang-orang yang dipanggil melayani Tuhan supaya mereka menyebarkan injil Tuhan kita dengan berkesan dengan kurnia-kurnia yang diberikan Tuhan kepada mereka—di Malaysia dan di luar negara.

Pada tahun 1982, kolej ini telah diberi nama baru iaitu Bible College of Malaysia dengan penawaran program Sarjana Muda Teologi. Disebabkan wujudnya keperluan bagi lebih ramai pemimpin Kristian awam, Sijil Pengajian Alkitab telah diperkenalkan pada tahun 1986. Dengan meningkatnya permintaan untuk pendidikan Kristian di peringkat tinggi, serangkaian program Sarjana telah diperkenalkan pada tahun 2004.

Pada mulanya, semua program dijalankan dalam Bahasa Inggeris. Antara tahun 1968 dan 1972, di bawah kepimpinan Rev David dan Alice Nyien, beberapa program tertentu telah ditawarkan dalam Bahasa Cina. Pada tahun 1980, sebuah fakulti penuh berbahasa Cina telah ditubuhkan. Pada hari ini, fakulti Bahasa Cina menawarkan serangkaian penuh pengajian daripada program Sarjana Muda, Sarjana kepada program Kaunseling. 

Dengan lokasinya yang strategik di Malaysia, tumpuan utama BCM adalah untuk memperlengkapi lebih ramai penutur bahasa tempatan. Memandangkan timbulnya tersebut, Rev Peter Wong, Rev Ng Kok Kee dan Rev Wendy Ching telah menubuhkan fakulti Bahasa Malaysia pada tahun 2003. Fakulti ini menawarkan Diploma Teologi dan kemudiannya, Sarjana Muda Teologi. 

Tenaga pengajar kami yang berpengalaman dan yang prihatin datang dari pelbagai latar belakang pelayanan dan pekerjaan misi. Bukan kepakaran akademik mereka sahaja yang akan mengembangkan dan memperdalam pengetahuan serta pemikiran alkitabiah anda, tetapi pengalaman mereka di lapangan memberikan penerapan praktikal bagi pembelajaran yang holistik. Lihat Ahli-ahli Akademik kami.

Sejak 60 tahun penubuhannya, BCM telah melatih lebih daripada 1000 orang yang bekerja untuk Kristus. Dalam kalangan tersebut adalah 700 orang pendeta sepenuh masa, 200 orang pastor dwi-kerjaya atau pemimpin awam yang bekerja di luar gereja, 14 orang misionari, 9 orang pekerja institusi separa-gereja, 31 orang pekerja khidmat sosial dan 5 orang penginjil. 

Dengan memanfaatkan rangkaian dan ekosistem yang kukuh di BCM, beberapa orang alumni merupakan pengkhutbah keliling. Di kalangan mereka yang dilatih di BCM, ramai yang telah pergi untuk memenuhi panggilan mereka di pelbagai tempat di dunia; di Singapura, Thailand, Filipina, Kemboja, Indonesia, Bangladesh, Jepun, China, Hong Kong, Amerika Syarikat, Kanada, New Zealand, Australia, Afrika dan United Kingdom.

Graduan BCM dipandang tinggi dalam komuniti Kristian. Mereka bekerja di seluruh negara dan di luar negara sebagai pastor gereja, misionari, dalam pelayanan di universiti dan organisasi separa-gereja, atau kembali menjadi tenaga kerja bagi mendapatkan peluang-peluang pelayanan dan mereka lebih terlatih untuk melayani di gereja tempatan.