Sijil Pengajian Alkitab (Certificate of Biblical Studies; CBS)
Tentang Kursus Ini
Kredit yang Diperlukan: 36
Program Sijil Pengajian Alkitab ditawarkan untuk tujuan memperlengkapi para pemimpin awam untuk pelayanan di gereja-gereja tempatan. Kredit yang diperolehi dalam program ini boleh dipindahkan ke program-program pengajian yang lebih tinggi di BCM.
Anggaran Bayaran Kuliah: RM4,560
TINJAUAN PROGRAM
Kursus-kursus Teras (15 jam kredit) | Kredit |
---|---|
Tinjauan Perjanjian Lama | 3 |
Tinjauan Perjanjian Baru | 3 |
Dasar-dasar Pentakosta* | 3 |
Pembentukan Rohani | 3 |
Penulisan Penyelidikan Teologi | 3 |
Kursus-kursus Terfokus/Tumpuan (12 jam kredit) | Kredit |
Kursus Teologi | 3 |
Kitab Perjanjian Lama (PL) | 3 |
Tinjauan Perjanjian Baru (PB) | 3 |
Kursus Pelayanan | 3 |
Elektif (9 jam kredit) |
*Dasar-dasar Pentakosta boleh digantikan dengan kursus teologi yang lain bagi pelajar yang bukan dari denominasi Assemblies of God.
Nota: Modul Program adalah tertakluk kepada perubahan.
NOTIS KEMASUKAN
- Pelajar yang berminat boleh menyelesaikan sehingga 9 jam kredit kerja kursus tanpa matrikulasi (pendaftaran rasmi) ke dalam program Sijil Pengajian Alkitab. Selepas menyelesaikan 9 jam kredit, pelajar diwajibkan untuk mendaftar secara rasmi bagi meneruskan pengajian. Kursus dengan kredit yang seterusnya tidak boleh diambil tanpa pendaftaran rasmi.
- Surat perakuan daripada pastor atau penatua bagi gereja yang menaungi pelajar adalah diperlukan sebagai sebahagian daripada proses matrikulasi (sila rujuk Cara Memohon)